RENCANA
Man United terus melompat
Prestasi yang kurang memberangsangkan pada permulaan saingan liga musim ini telah membuatkan ramai yang rasa agak mustahil untuk Manchester United memberi saingan dalam perebutan juara Liga Perdana musim ini, terutamanya memberi tekanan pada juara bertahan musim lalu iaitu Liverpool. Dengan tiga kekalahan awal dari sembilan perlawanan sebelum ini telah membuatkan ramai kurang yakin dengan kemampuan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu. Apatah lagi masalah persembahan yang tidak konsisten daripada pemain-pemain bintang Man United terutama di bahagian pertahanan.
Tetapi itu bukan penghalang untuk Ole Gunnar Solakjaer terus memperbaiki kelemahan pertahanan Man United, memandangkan pada setiap perlawanan pasti akan ada sahaja jaringan yang berjaya dilakukan oleh pihak lawan. Lihat sahaja dua perlawanan terakhir Man United sebelum berhadapan West Ham United dimana gawang Man United dibolosi dengan jumlah jaringan yang besar iaitu sebanyak 5 gol, namun apa yang menyelamatkan Man United ketika ini apabila ramai pemain-pemain-pemain serangan dan midfield Man United mampu untuk melakukan jaringan.
Berdasarkan prestasi yang konsisten bahagian serangan dan midfield ketika ini itu juga telah berjaya melonjakkan kedudukan Man United pada kedudukan empat teratas Liga Perdana ketika ini. Pertemuan dengan West Ham United semalam ia telah menunjukkan bagaimana persefahaman dan ketajaman bahagian serangan dan midfield Man United bangkit untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mencipta kemenangan di tempat lawan. Namun masih ada lagi kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ole Gunnar Solskjaer terutama dari segi kosentrasi pemain-pemainnya ketika bertahan selain memperkemaskan taktikal bertahan mereka.
Iklan
Dengan kedudukan terkini itu sudah tentu akan meningkatkan kembali keyakinan pemain-pemain Man United untuk terus memburu peluang bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana musim ini memandangkan masih bayak lagi perlawanan akan akan diharungi Man United. Kesempatan ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh semua pemain-pemain Man United untuk terus bersatu dan menggekalkan semangat berpasukan serta keharmonian didalam pasukan sekiranya ingin melihat Man United terus melompat dalam kedudukan carta Liga Perdana.
Must-Watch Video