Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, memulakan kempen liga dengan kemenangan besar 5-0 ke atas West Ham United.
Kemenangan itu sudah pasti melegakan pengendalinya, Pep Guardiola, yang tampak berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya setelah mengekalkan prestasi yang baik selepas menjulang Perisai komuniti minggu lalu.
Raheem Sterling menjadi wira Man City apabila melakukan hatrik dalam perlawanan pertama itu.
Dengan menurunkan kesebelasan utama dan mengunakan formasi 4-3-3, ia memberi kelebihan kepada Man City.
Teknikal individu yang tinggi pemain Man City itu telah mendatangkan masalah kepada West Ham United.
Gerak serangan yang tersusun dari satu bahagian ke satu bahagian dengan hantaran-hantaran pendek telah membuahkan hasil apabila pada minit ke-26, Gabriel Jesus melakukan jaringan pertama melalui hantaran lintang yang bijak Kyle Walker.
Jaringan Jesus itu telah meningkatkan keyakinan pemain Man City untuk terus menyerang melalui gerakan yang kreatif daripada pemain-pemain tengah Man City iaitu David Silva, Kevin De Byurne dan Rodri Hernandez, namun ia tidak dapat menambahkan jaringan dalam separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua, pemain-pemain Man City terus menekan West Ham dan akhirnya mereka memperolehi jaringan kedua melalui Sterling yang mendapat umpanan De Bruyne sebelum menewaskan Lukasz Fabianski, penjaga gol West Ham.
Jaringan kedua Man City itu seolah-olah merentap semangat anak buah Manuel Pellegrini dan akhirnya Man City mendominasi permainan sepanjang perlawanan dan seterusnya menambah tiga jaringan lagi melalui Sterling dan Sergio Aguero.
Kekalahan besar West Ham dalam perlawanan pembukaan di laman sendiri pasti akan menjadi kenangan pahit kepada pengendalinya, Pellegrini, dan bagi Guardiola pula, ia pasti menjadi tonik kepadanya untuk mengekalkan kejuaraan kali ketiga berturut-turut dalam saingan edisi 2019-20.