Skip to main content

Rencana

Man City barisan dicemburui

11917sergioaguerogabrieljesus.jpg
Tidak tewas dalam semua pertandingan, termasuk menundukkan Chelsea di Stamford Bridge awal pagi tadi, Manchester City harus telah dapat mengatasi salah satu masalah terbesar pasukan Biru Langit itu musim lalu.

Pemgurus, Pep Guardiola menghabiskan sebahagian besar musim lalu mengeluh terhadap kekurangan mereka di depan gol sambil pasukannya menghujani gawang lawan dengan aneka percubaan tetapi tidak melakukan secukupnya untuk menterjemahkannya kepada jaringan.

Mengambil kira mereka memulakan musim lalu dengan sebegitu cemerlang – menggemparkan lawan dengan 10 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan – Guardiola meraih rasa insaf untuk tidak menggembar-gemburkan permulaan cemerlang mereka sekali lagi musim ini.

Dalam pada itu, pengurus berbangsa Sepanyol itu – yang mengakui berasa bertuah terhindar daripada dipecat gara-gara musim pertama tanpa trofi – mengakui ada perubahan sikap dalam pasukan musim ini.

Itu dapat disaksikan apabila mereka melalui detik-detik penting – yang berbanding musim lalu – apabila City tidak mudah kehilangan arah.

Guardiola, malah, turut mencadangkan peranan yang diubahsuai buat Leroy Sane dan Raheem Sterling bagi musim ini sudah mula menunjukkan hasil positif sambil dia menyesuaikan pendekatan taktikalnya dalam pemburuan trofi-trofi.

Kesudahannya, seperti diakui pengurus itu, trofi-trofi jugalah yang akan menjadi ukuran sejauh mana kejayaannya dalam musim keduanya bersama City.

“Musim lalu, dalam tempoh separuh pertama, semua orang berasa teruja tapi lihatlah apa yang terjadi kesudahannya,” katanya dalam temubual dengan BBC.

“Jika anda tanya saya apakah perbezaannya musim lalu dengan musim ini, kami memiliki perasaan apabila kami tiba ke dalam kotak penalti, kami akan menjaringkan gol.

“Musim ini, kami memiliki lebih ramai pemain yang dapat melakukan penyudah -- - Bernardo (Silva), serta Raheem dan Leroy akan lebih banyak bermain di bahagian tengah.

“Itu adalah apa yang kami rasakan ketika ini,” katanya lagi.

“(Sebaliknya), pada musim lalu, kami tidak mempunyai itu. Kami mencipta banyak peluang tapi kami tidak menjaringkan gol dan itu ternyata amat sukar.”

Awal pagi tadi, Manchester City kembali ke Stamford Bridge tetapi harus diperhatikan sudah ada banyak perubahan dalam tempoh enam bulan lalu sejak The Citizens tunduk kepada gol berganda Eden Hazard, April lalu. 

Dalam rentetan 15 perlawanan sejak itu, barisan kendalian Guardiola telah menjaringkan 46 gol dan hanya bolos tujuh. 

Dalam pada itu, kita juga telah melihat apa yang berlaku sebelumnya.

Rentetan permulaan cemerlang City musim lalu, kemudian terbabas gara-gara kekalahan kepada Tottenham, Liverpool dan Chelsea.

Lantas, perlawanan dengan Chelsea tengah malam nantilah yang mahu dijadikan Guardiola kayu pengukur dan penanda aras terhadap sejauh mana keupayaan pasukannya untuk mencabar gelaran musim ini.

“Kami mahu berjuang ketika kami dilanda masalah dan menunjukkan apa yang kami mampu lakukan,” kata Guardiola.

“Kita kini di bulan September dan orang mengatakan ia adalah keadaan sempurna dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. 

“Tetapi ini baru September… (bukannya bulan Mei ketika kejuaraan ditentukan).”



 

Advertisement

Must Watch Video