Kalau bukan kejutan, bukan bola sepak namanya. Perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia yang berlangsung pada Ahad nyata penuh dengan kejutan dan magis!
Ia membabitkan dua perlawanan iaitu Perak menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh dan PKNP FC bertemu Felda United di Stadium Shah Alam ketika Kedah dan Johor Darul Takzim menepati ramalan melangkah ke separuh akhir.
Malam magis di Ipoh.
Perak paling sensasi apabila memadam kelebihan dua gol Pahang yang menang 3-1 pada aksi suku akhir pertama menerusi kemenangan besar 4-0 dalam aksi timbal balik untuk kemenangan agregat 5-3. The Bos Gaurus menamatkan penantian 10 tahun mara ke separuh akhir.
Sentuhan magis Satianathan.
Jurulatih Felda United B. Satianathan mengakui pasukannya berkemungkinan tidak layak ke separuh akhir susulan kekalahan 1-3 kepada PKNP FC di Jengka tempoh hari. Ternyata, ia permainan psikologi bekas jurulatih negara itu apabila The Fighters pamer kebangkitan menakjubkan untuk menewaskan lawan 4-1 pada pertemuan kedua untuk kemenangan agregat 5-4.
Selangor hilang magis.
Ibarat aksi ulangan final tahun lalu, The Red Giants masih diramal mampu untuk melangkah ke pusingan seterusnya walaupun tumpas 2-3 di tangan Kedah di laman sendiri. Namun, pasukan paling banyak memenangi gelaran Piala Malaysia ini tampak sudah hilang magis apabila tewas 1-0 sekaligus meleburkan hasrat ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut sejak 2015.
Melaka padam magis Larkin
Rekod seratus peratus kemenangan JDT di laman sendiri selama tujuh bulan membabitkan 17 perlawanan sejak 11 Februari lalu akhirnya lebur malam tadi apabila terikat seri 1-1 menentang Melaka. Biarpun ia tidak menghalang kemaraan juara Liga Super 2017 itu ke separuh akhir tetapi ia bukan satu keputusan yang menggembirakan peminat JDT.
Apa pun, JDT buat 'come back' untuk merebut Piala Malaysia selepas dikatakan tidak meletakkan kejohanan ini sebagai keutamaan dalam dua edisi terakhir selain kempunan memenanginya tiga tahun lalu susulan tewas kepada Pahang pada aksi final.
Berdasarkan pemerhatian penulis, kemaraan tiga daripada empat pasukan terbabit sudah dijangka walaupun ada pasukan yang berdepan saat sukar untuk berbuat demikian dan untuk aksi separuh akhir nanti boleh dianggap buku bertemu ruas.
Tiada lagi pasukan dilabel pilihan atau underdog kerana Perak, Felda United, Kedah dan JDT berpeluang untuk merangkul trofi berprestij Piala Malaysia yang mungkin kali terakhir tahun ini selepas khabar angin bertiup kencang saingan Piala Malaysia musim depan diberi nafas baru gabungan bersama saingan Piala FA. Magis.