"Satu, Dua, Tiga, Empat biji........"
"Wah ini 'scoreline' zaman Sir Alex Ferguson kalau betul datang hari Manchester United beraksi di Old Trafford".
Bisik hati penuh keterujaan usai menyaksikan perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris, United menentang Chelsea.
Kemenangan pertama buat penyokong setia United pasti ketiadaan gandingan benteng raja lawak, Chris Smalling dan Phil Jones, dalam kesebelasan utama mahupun di bangku simpanan.
Mengambil tempat mereka adalah Victor Lindeloff dan pertahanan paling mahal dunia, Harry Maguire.
Kalau nilai perpindahan Maguire menjadi tanda tanya sebelum ini, maka aksi hampir sempurnanya menafikan asakan Chelsea, memadam segala keraguan.
Mungkinkah ini kombinasi yang berupaya meneruskan legasi Steve Bruce/Gary Pallister juga Rio Ferdinand/Nemanja Vidic.
Dalam United terpaksa berbelanja besar, The Red Devils tidak berpaling tadah terhadap budaya pandang kepada bakat akademi.
Marcus Rashford
Paul Pogba
Jesse Lingard
Scott Mactominay
Andres Pereira
Axel Tuanzebe
Mason Greenwood
Lima daripada mereka menunjangi kesebelasan utama, sambil Greenwood memperoleh minit permainan berharga dan Tuanzebe dipandang sebagai sandaran utama untuk menggantikan Lindeloff/Maguire.
Dasar mendapatkan khidmat bakat muda berpangkalan di Britain buat United musim ini menyaksikan bek kanan Aaron Wan-Bissaka serta Daniel James suntik kualiti dan keghariahan di Old Trafford.
Bissaka yang diberi jolokan Spider tidak memberikan laluan mudah kepada lawan sementara James mengabadikan apa erti bergelar seorang pemain Manchester United.
James membawa memori mendiang bapanya, Kevan, yang meninggal dunia sebelum sempat melihat anaknya itu menyarung jersi keramat United.
Disebut sebagai bintang Wales dalam pembikinan, James memutlakkan kemenangan United ke atas Chelsea.
Harapannya, dia berupaya mengikut jejak langkah seorang legenda United kelahiran negara itu yang sinonim dengan jersi No.11, Ryan Giggs.
Hakikatnya The Blues lebih selesa menggerakkan bola dan adakala tuah tidak memihak mereka.
Realitinya, Manchester City dan Liverpool berada dalam kelas tersendiri untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.
Lebih dekat dengan hati penyokong United musim ini adalah untuk Ole Gunnar Solskjaer dan anak anak buahnya mengembalikan identiti sebenar The Red Devils.
"Satu, Dua, Tiga, Empat Biji.......macam dulu dulu.