Maaf, Malaysia mengecewakan anda.
Keadaan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pasti mengecewakan legenda bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari.
Bukan itu yang dimahukannya.
Yang paling menyedihkan, pemain tidak cukup makanan.
Kos binaan RM85 juta, akademi yang sepatutnya menjadi kebanggaan Allahyarham Mokhtar dan keluarganya, kini mengalami lebih dari 700 kerosakan.
Malu.
Terletak di Gambang, Pahang, program pembangunan bola sepak negara ini bertujuan melatih bakat baru di peringkat akar umbi, serta melahirkan pemain bertaraf antarabangsa.
Niat itu memang baik, kerana terbukti akademi merupakan platform melahirkan pemain luar biasa seperti Akademi Manchester United di England yang melahirkan bintang dunia David Beckham. Di Portugal pula, Akademi Sporting CP membentuk Cristiano Ronaldo, manakala Kylian Mbappe hasil Akademi Monaco.
Namun AMD yang sepatutnya menyediakan kemudahan, infrastruktur dan program berkualiti dunia sepeti jauh daripada apa yang dijanjikan.
Makanan pun tak cukup. Bola tak cukup. Gimnasium pun kosong.
Nak lahirkan pemain tahap antarabangsa?
Allahyarham Mokhtar pun boleh menggeleng kepala.
Wahai Malaysia!
Macam manalah nak jadi negara sukan berprestasi tinggi, bahkan masalah ‘rumah tangga’ sendiri pun belum selesai.
Jika negara Jepun dipandang tinggi kerana nilai-nilai murni, kematangan mental dan rasa tanggungjawab tinggi rakyat mereka untuk bersama membangunkan negara, Malaysia, pula masih banyak perlu dipelajari dan perbaiki.
Tidak cukup jika hanya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keseorangan mengutip sampah di stadium.
Berkali-kali drama kemudahan sukan seumpama ini berlaku yang mengecewa dan melunturkan semangat segolongan rakyat yang betul-betul bekerja keras untuk menaikkan prestasi bola sepak dan sukan negara.
Realitinya di Malaysia, walaupun tahap sukan negara pada tahap terpuji, tetapi kualiti pentadbiran dan pemantauan sesetengah pihak bagi infrastuktur dan program sukan masih menimbulkan persoalan.
Jangan mimpi untuk layak ke Piala Dunia mahupun menang pingat emas Olimpik yang pertama, jika kecuaian dan ketidakprihatinan dalam ekosistem sukan negara berterusan.
Buat Allahyarham Mokhtar Dahari maafkan kami.
(Penulis berlinangan air mata...)