Skip to main content

Rencana

Liverpool tolak semua pasukan ke bawah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah.jpg

Dalam masa tiga hari sahaja Liverpool telah berjaya menolak pasukan yang berada pada kedudukan teratas sebelum-sebelum ini dibawahnya. Ini menunjukkan segala masalah yang dihadapi Liverpool telah selesai terutama kecederaan yang dialami pemain-pemainnya sebelum ini dan ia bukanlah satu halangan untuk Liverpool terus bangkit untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut. Dengan setuasi terkini itu ia sudah pasti akan menggambarkan satu persaingan yang lebih sengit didalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kemenangan ke atas Crystal Palace  dengan jaringan yang besar pada perlawanan minggu lalu sebelum berhadapan West Bromwich Albion nanti itu telah menunjukkan betapa seriousnya anak-anak buah Jurgen Klopp untuk menggekalkan kejuaraan yang mereka miliki. Ketajaman bahagian serangan Liverpool tidak boleh disangkal lagi dengan tiga gandingan yang menunjukkan persefahaman begitu tinggi iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino dan di tambah pula dengan kehadiran Takumi Minamino itu yang sudah mula menunjukkan persefahaman serta keserasian yang baik bersama-sama pemain-pemain Liverpool. Itu menyatakan bahawa Liverpool tidak ketandusan pemain-pemain di bahagian serangan.

Advertisement

Walaupun ada desas desus mengatakan bahawa penjaring terbanyak Liverpool dan Liga Perdana Inggeris ketika ini iaitu Mohamed Salah akan dipertimbangkan oleh pengurusan untuk di jual  namun ia tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi pemain-pemain Liverpool terutamanya Mohammad Salah sendiri walaupun spekulasi itu terus menular, sebaliknya beliau terus menunjukan aksi yang mantap dan terus menjaringkan gol. Di bahagian pertahanan dan tengah Liverpool pula terus teguh dan kental dimana agak sukar untuk dibolosi walaupun tonggak utama Liverpool Van Dijk berehat panjang akibat kecederaan lutut.

Sekiranya pemain-pemain Liverpool dapat menggekalkan momentum kemenangannya, ia menampakkan jalan sukar pada pasukan-pasukan lain untuk menyaingi Liverpool. Sudah tentulah dengan kedudukan terkini itu akan meningkatkan keyakinan pemain-pemain apabila menerima kata-kata semangat dan pujian daripada Jurgen Klopp. Inilah tugas yang sedikit mencabar Jurgen Klopp untuk mengawal emosi pemain-pemain Liverpool yang berhadapan dengan jadual yang agak padat tetapi itu bukan satu alasan untuk Liverpool meneruskan prestasi terbaik dan terus menolak pasukan-pasukan pencabarnya ke bawah.

Must Watch Video