RENCANA
Liverpool di tunjuk jalan keluar
Manchester United terus mengekalkan momentum kemenangan ke atas Liverpool di laman mereka sendiri dari tujuh pertemuan sebelum ini.
Kekalahan di tangan Manchester United pada pusingan ke empat Piala FA itu sudah pasti akan terus memberi kesan dan memeritkan lagi perjalanan Liverpool di dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas ini.
Walaupun pemain-pemain Liverpool sudah memberikan aksi terbaik mereka namun kehebatan pemain-pemain Manchester United tidak boleh di halang oleh anak-anak buah Jurgen Klopp itu. Lihat sahaja bagaimana anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer bangkit setelah Manchester United ketinggalan dengan jaringan awal Liverpool melalui Mohamed Salah.
Iklan
Dengan gerakkan yang tersusun dan kemas yang dipamirkan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer itu telah membawa satu jaringan yang menarik daripada Mason Greenwood. Satu transisi yang pantas dilakukan Manchester United melalui satu umpanan yang tepat dilakukan Marcus Rashford begitu juga jaringan kedua dilakukan sendiri oleh Rashford. Dengan gerakan tansisi yang pantas dari bertahan ke menyerang itu yang dilakukan oleh anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer telah memerangkap pemain-pemain pertahanan Liverpool.
Itulah senjata utama bagi Manchester United ketika ini dengan transisi pantas dilakukan itu telah berjaya mencipta beberapa kemenangan yang membawa makna begitu besar pada penyokong Manchester United terutama ketika menewaskan Liverpool dalam saingan Piala FA ini. Walaupun Liverpool cuba bangkit dengan jaringan penyamaan oleh Mohamed Salah sekali lagi tapi itu tidak mematikan semangat juang pemain-pemain Manchester United. Kemasukan Bruno Fernandes telah menambah lagi kekuatan Manchester United apabila Bruno Fernandes berjaya melakukan jaringan kemenangan melalui satu sepakan percuma yang mengelirukan Allison Becker.
Kemengan Manchester United ini telah menunjuk jalan keluar pada Liverpool dalam merebut piala yang begitu prestij dikalangan pencinta bola sepak Inggeris. Ini sudah pasti akan memberi satu implikasi yang begitu berat kepada Jurgen Klopp bagi meningkatkan kembali semangat anak-anak buahnya selepas ini. Sementara Ole Gunnar Solskjaer pula ini kemenagan yang begitu bermakna beliau sebagai pengurus Manchester United apabila anak-anak buah berjaya meneruskan aksi luar biasa sehingga menambah keyakinan kepada penyokong-penyokong Manchester United boleh menjulang Liga Perdana Inggeris musim ini.
Must-Watch Video