Skip to main content

Rencana

Liverpool belum goyang

1230362082.jpeg
Perebutan tangga teratas Liga Perdana Inggeris musim ini semakin hebat persaingannya, di mana juara musim lalu Liverpool kini mula dicabar oleh beberapa pasukan pesaingnya yang sedang meningkat naik prestasinya dari segi permainan sebagaimana Manchester United dan Manchester City yang kini menggekalkan momentum kemenangan pada setiap perlawanan.

Dengan kedudukkan terkini pesaing-pesaingnya itu sudah pasti akan menerbitkan sedikit kebimbangan daripada penyokong-penyokong setia Liverpool.

Tetapi berdasarkan pengalaman yang dilalui Liverpool pada musim lalu ia masih lagi tidak memberi kesan dan mendatangkan kegusaran kepada pengendali Liverpool, Jorgen Klopp kerana beliau tahu bagaimana untuk mengawal emosi pemain-pemainnya dari menerima tekanan dari luar dan dalam padang. Walaupun prestasi pemain-pemainnya agak menurun pada lima perlawanan terakhir sudah tentulah Jorgen Klopp akan mencari ramuan terbaik untuk meningkatkan keyakinan pemain-pemainnya sebelum berhadapan dengan perlawanan seterusnya.

Ini perlu dilakukan segera oleh Jorgen Klopp untuk memastikan kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris tidak tergugat. Apa yang perlu dilakukan segera ketika ini ialah dengan memperkemaskan dan mempertajamkan jentera serangannya dalam memburu jaringan gol. Berdasarkan dua rekod perlawanan terakhir Liverpool di bahagian serangan itulah yang menjadi masalah ketika ini. Dimana Liverpool hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja, ini menuntut Mohamed Salah,Sadio Mane dan Roberto Firmino perlu lebih tajam dalam tindakan penyudahnya.

Sekiranya masalah ketajaman bahagian serangan itu dapat diatasi dengan segera oleh Jorgen Kloop sudah tentulah kedudukan Liverpool di tangga teratas Liga Perdana Inggeris tidak akan goyang walaupun di ancam dan di beri tekanan oleh pasukan-pasukan seterunya. Inilah masanya penyokong-penyokong Liverpool perlu terus memberi sokongan mereka kepada pemain-pemain Liverpool untuk terus fokus dan menggekalkan semangat juang serta keyakinan diri mereka dalam meneruskan kecemerlangan mereka dan berdiri megah mengharungi cabaran ini.

Advertisement

Must Watch Video