Persoalan mengenai keampuhan benteng Barcelona sering menjadi topik hangat sejak bekas kapten, Carles Puyol, mengambil keputusan untuk bersara pada 2014.
Banyak nama dipancing Camp Nou bagi mendapatkan gandingan mantap bersama Gerard Pique seperti Javier Mascherano, Yerry Mina, Jeison Murillo, Clement Lenglet dan Samuel Umtiti.
Bagaimanapun, tiada seorang pun daripada mereka yang disenaraikan itu mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Puyol sehingga membuatkan pihak pengurusan cuba untuk membawa masuk bek tengah Manchester United, Victor Lindelof, musim panas lalu.
Selepas gagal mendapatkan khidmat bekas bintang Ajax, Matthijs De Ligt, yang memilih untuk berhijrah ke Juventus, Barca dilaporkan cuba memancing Lindelof selepas pertahanan Sweden itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan keras di England.
Perkara itu turut diakui ejen Lindelof, Hasan Cetinkaya, yang mendakwa bekas bek Benfica itu menjadi sasaran utama Barca ketika musim panas lalu.
Namun, keengganan United melepaskan khidmat pemain berusia 25 tahun itu menjadi penghalang utama sebarang perpindahan dilengkapkan sambil dia menandatangani kontrak baru di Old Trafford, awal bulan ini.
Cetinkaya mendedahkan gaya permainan Lindelof yang hampir menyamai prinsip dalam skuad Barca menyebabkannya menjadi sasaran utama pasukan bimbingan Ernesto Valverde itu sehingga beberapa tawaran diberikan kepada United.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif United, Ed Woodward, menegaskan bahawa Lindelof merupakan salah seorang pemain terbaik yang dimiliki The Red Devils ketika ini, sekali gus membuatkan Barca berputih mata.
Justeru, ketika ini, Barca terpaksa bergantung harap kepada gandingan Lenglet dan Pique untuk memastikan benteng pasukan tidak ditembusi walaupun Valverde sudah tentu tidak senang duduk jika melihat bangku simpanan yang rata-rata dibarisi pemain muda dan mentah pengalaman.