Skip to main content

Rencana

Lin ‘Done’ - Prediksi sehari sebelum final

9417chongweilindan.jpg
11 tahun lalu Lin Dan kalah di final Terbuka Malaysia di Kuching, Sarawak.
 
Memori pahit mungkin masih menghantui Lin Dan tewas kepada idola rakyat Malaysia Lee Chong Wei walaupun mendahului 20-13 di set penentuan.
 
Kali ini, Chong Wei sudah pasti tidak mahu mengambil risiko kerana kebangkitan ajaib sebegitu agak mustahil untuk dijelmakan semula.
 
Pemain nombor 1 dunia yang disanjung oleh peminat seluruh dunia pastikan Lin Dan ‘Done’ secepat mungkin.
 
Chong Wei pada tahap terbaik di hadapan para peminat Bumi Kenyalang dan memperagakan kepantasan dan kekuatan fizikal serta semangat seorang pahlawan, menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 12.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Namun prediksi saya itu tidak tepat.

Jelas sekali ia menggambarkan betapa yakinnya saya sebagai salah satu peminat Chong Wei di antara berjuta dari setiap pelusuk dunia.

Realitinya, Lin Dan belum 'Done' lagi.

Di final perseorangan lelaki Terbuka Malaysia tahun ini, selebriti dari China itu menunjukkan pergerakan efisien, pukulan yang terkawal dan strategi bijak.

Chong Wei yang memburu kejuaraan Terbuka Malaysia buat kali ke 12 berusaha sebaik mungkin untuk mengejar Lin Dan tetapi ada sahaja pukulan luar biasa yang dikeluarkan pemenang pingat emas Olimpik 2 kali kelahiran Fujian itu.

Tewas di set pertama 19-21, dan terkial-kial di set kedua, para peminat mengharapkan keajaiban 11 tahun lalu di Kuching berlaku sekali lagi. 

Tetapi setiap kali Chong Wei berjaya mengumpul beberapa mata, pada masa yang sama Lin Dan juga bijak menjarakkan diri.

Akhirnya Chong Wei gagal menghentikan kemaraan Lin Dan untuk merangkul kejuaraan pertama di Terbuka Malaysia.

Tewas mengejut kepada pemain muda China Shi Yuqi di separuh akhir All England tetapi membalas dendam ke atas Yuqi di final Terbuka Swiss seakan-akan ingin mengajar pemain 21 tahun itu siapa lebih hebat dan diikuti dengan kemenangan ke 26 daripada 38 pertemuan ke atas Chong Wei di hadapan penyokong Malaysia di Kuching, mengiakan artikel yang ditulis saya pada 21 Mac 2017 di laman sesawang StadiumAstro bertajuk, Lin Dan-Kawal Butang Badminton.

Lin Dan nampaknya mengambil keputusan untuk menekan butang menang di Kuching, Sarawak.

Gambar: Laman Facebook BWF - Badminton World Federation

Advertisement

Must Watch Video