Berdasarkan pemerhatian saya, setiap pasukan berlumba-lumba dalam soal memancing pemain, strategi pemasaran dan imej diambil kira. Pasukan-pasukan dari liga perdana juga mahu memastikan bahawa saingan dalam liga ini tidak kurang hebatnya daripada liga super.
Saingan liga perdana juga memperlihatkan keputusan mengejutkan apabila pasukan pilihan seperti JDT2 rebah di gelanggang sendiri ditundukkan DRB Hicom. Perlis pula musim ini mahu memastikan ngauman singa utara kembali di Kangar apabila meratah abang-abang tentera, pasukan ATM 6-1.
Manakala aksi panas di Paroi menyaksikan Negeri Sembilan terpaksa seri 1-1 dengan Kuantan Fa. Melaka yang berbelanja besar musim ini pula melalui tempoh 90 minit yang dramatik di Selayang apabila mengikat Sime Darby 2-2.
Manakala pasukan Kuala Lumpur kendalian Ismail Zakaria mampu tersenyum apabila mengutip tiga mata penuh menentang pkns dengan keputusan 1-0.
Daripada 6 perlawanan yang berlangsung pada Jumaat, sebanyak 23 gol telah berjaya dihasilkan. Satu jumlah jaringan yang banyak untuk perlawanan pembukaan liga malaysia. Daripada keseluruhan jumlah itu, 14 orang pemain import berjaya menempatkan diri sebagai penjaring dan hanya 6 orang pemain tempatan sahaja berjaya mencuri ruang dalam senarai itu.
Pavel Purishkin (UITM FC), Frederic Pooda (Sime Darby), dan Kayne Vincent (Perlis) sedang menerajui senarai penjaring terbanyak. Paling mencuri tumpuan adalah Purishkin yang berjaya menjaringkan hatrik untuk UITM mengatasi Sabah di Shah Alam.
Pemain tempatan tidak kurang hebatnya, cuma mereka lebih kepada pengumpan hantaran dan menghasilkan gerakan. Kalau ada pun penyerang tempatan, kekurangan pengalaman dan gugup mungkin menjadi faktor nama mereka belum lagi dalam senarai penjaring. Berikan mereka masa dan sokongan, insyaallah mereka mampu buktikan mereka berbaloi untuk pasukan masing masing.
Itu adalah sebahagian aksi yang mewarnai saingan pembukaan liga perdana 2016. 2 slot ke liga super dan 5 slot ke piala malaysia menjadi taruhan untuk setiap pasukan kini.
Kepada penyokong, sarunglah jersi pasukanmu dan ayuh penuhkan stadium dan sokonglah pasukan anda tanpa berbelah bagi.