Persoalan melanda pasukan Liga Hoki Malaysia (LHM) mengenai kewajaran memancing pemain import ketika pandemik COVID-19 belum reda?
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) membenarkan kuota empat pemain import namun setakat ini, Tenaga Nasional Berhad, TNB Thunderbolt, Maybank, Universiti Teknologi Mara dan pendatang baru, Sabah menolak menggunakan kelebihan itu.
Alasannya, proses rumit untuk membawa masuk pemain import selain dasar pasukan yang lebih mementingkan pemain tempatan.
Ini bermakna hanya juara treble, Universiti Kuala Lumpur, Terengganu Hockey Team dan Nur Insafi akan memancing di pasaran pemain luar.
"KHM kekal dengan pendirian mengenai pemain import. Cuma terpulang kepada pasukan untuk proses membawa masuk pemain ke negara ini".
"Kami faham ada pasukan yang sudah memulakan langkah ini dan ia sesuatu yang normal memandangkan liga akan bermula sebulan lagi," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Anil Jeet Singh.
5/8 pasukan tidak menggunakan pemain import.
Persoalan, adakah pendekatan ini patut dikekalkan atau KHM perlu buat pusingan U demi memastikan persaingan adil untuk semua pasukan bertanding.
Jangan sampai ada yang tewas dengan gol dua angka. Bimbang pihak pengurusan batalkan penyertaan musim 2022 - yang rugi hoki.
LHM dijadual bermula 8 Januari hingga 28 Februari 2021.
Namun ia bergantung kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara mengenai pandemik Covid-19.

Today we bid farewell to David Harte, Kieran Govers, Tim Deavin and Roel Bovendeert. We sweat, shed blood and created...
Posted by UNIKL Hockey on Sunday, February 23, 2020