Skip to main content

Rencana

Lapan yang cipta sejarah dunia

momota-and-lee-(1).jpg
Sejak penganjuran pertama pada 1977, Kejohanan Badminton Dunia sudah dilimpahi dengan pelbagai catatan rekod unik.

Misalnya, lima gelaran Kejuaraan Dunia milik legenda China, Lin Dan, yang mengguli saingan itu
pada 2006, 2007, 2008, 2011 dan 2013.

Tetapi trend seorang pemain atau satu-satu negara mendominasi pentas tertinggi dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia merintis  lembaran baru di Basel 2019.

Buat pertama kalinya, lapan pemain yang layak beraksi dalam suku akhir adalah dari negara yang berbeza.

Lapan pemain tersebut adalah:
Lee Zii Jia - Malaysia
Chen Long - China
Kento Momota - Jepun
Anders Antonsen - Denmark
Chou Tien Chen - Taiwan
Jonathan Christie - Indonesia
B.Sai Praneeth - India
Kantaphon Wangcharoen - Thailand


Ini menawarkan perspektif saingan perseorangan lelaki sudah berada dalam era baru yang dipimpin
Momota.

Sedekad kebelakangan ini, peminat badminton dunia dipertontonkan dengan perseteruan hebat di antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan.

Mungkin Momota juga memerlukan seorang yang boleh diangkat sebagai seteru untuk mendefinisikan dia sebagai satu lagi ikon dalam sejarah badminton dunia.

Harapnya, Lee Zii Jia boleh mengisi kekosongan itu sepertimana yang menjadi dambaan setiap rakyat Malaysia.

Sehingga tiba waktu itu, persaingan terbuka menuju ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara perdana itu akan menghangatkan lagi perebutan kepada penerus legasi yang ditinggalkan Chong Wei dan satu hari nanti Lin Dan.

Advertisement

Must Watch Video