Skip to main content

Rencana

Lampu hijau Luqman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman-hakim.jpg
Jika sebelum ini terdapat isu-isu yang membangkitkan mengenai perjalanan karier pemain muda yang sedang meningkat naik,  Luqman Hakim Shamsudin, di mana beliau dikhabarkan berdepan kesukaran berhijrah ke kelab luar negara kerana terikat kontrak bersama Selangor, kini segalanya sudah terjawab.

Pihak FAS menerusi timbalan presidennya, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menegaskan FAS akan melepaskan Luqman secara percuma demi perkembangan kariernya di masa akan datang.

Terdahulu, Luqman Hakim telah pun mendapat panggilan dari kelab Belgium, KV Kortrijk, untuk menyertai mereka dalam masa terdekat ini. Memandangkan bekas pemain akademi Mokhtar Dahari ini mempunyai kontrak dengan Selangor, maka timbullah cerita dan omong kosong tentang pampasan bayaran dan sebagainya.

Perkara tersebut disangkal pihak FAS yang menegaskan, Luqman Hakim adalah aset untuk bola sepak negara dan keutamaan harus diberikan kepada perkembangan kariernya. Tidak dinafikan, prestasi cemerlang Luqman Hakim bersama skuad belia Malaysia membuka mata banyak pihak dari luar yang cuba memancingnya.

Jika ikutkan rancangan asal, Luqman sepatutnya berlatih bersama Cardiff City hujung tahun lalu sebelum terbang menyertai kelab dari Belgium itu, namun disebabkan masalah visa, urusan dokumentasi ditambah pula penularan wabak Covid-19, beliau akhirnya menyertai Selangor demi kelangsungan kariernya di Malaysia.

Terima kasih kepada pihak pengurusan FAS yang benar-benar memahami situasi Luqman dan sanggup memberi kerjasama penuh untuk Luqman meraih ilmu di bumi Belgium.

Satu sahaja pesanan Dayang, ingat apa yang jadi kepada pemain negara yang pernah berkelana di Portugal bersama pasukan Beira Mar FC? dan juga seorang lagi yang beraksi bersam FC Ryukyu? Jangan jadi macam tu okay, gunakan peluang yang diberi sebaiknya dan pulanglah semula berbakti kepada negara bila tiba waktunya. 

Advertisement

Must Watch Video