Ketika pra musim juga ramai yang mengatakan berdasarkan prestasi semasa ketika itu pasukan dan skuad musim baru ini tidak cukup mantap untuk mencabar pasukan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris lain seperti Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Chelsea. Terkini mereka sekadar seri dengan pasukan bawahan seperti Norwich City yang mereka sepatutnya mengutip 3 mata penuh lagi lagi kerana beraksi di laman sendiri. Cuma ada satu pemain yang dibawa masuk memberi impak positif iaitu Christian Benteke. Selain beliau, pemain lain masih belum mempamerkan aksi sebenar mereka yang membuatkan Rogers membawa mereka ke Anfield. Kekalahan di tangan Manchester United 1-3 juga sukar diterima penyokong setia The Reds kerana The Red Devils merupakan musuh tradisi mereka sepanjang zaman.
Masa depan pengurus The Kops Brendan Rogers kini tidak menentu kerana keputusan perlawanan yang begitu hambar dalam 6 perlawanan permulaan saingan Liga Perdana Inggeris menyaksikan mereka menghuni kedudukan ke-13 dengan 2 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan. Prestasi seperti ini dijangkakan daripada pasukan yang dijangka bersaing di pertengahan liga bukan di puncak liga. Lebih lagi apabila melihat pasukan seperti United dan City memghuni dua tamgga teratas kedudukan liga ketika ini dan Liverpool kini jauh ketinggalan. Malah, ada juga beberapa pakar bolasepak tempatan menyatakan Liverpool mempunyai skuad dan pemain yang sekadar boleh menguni kedudukan 10 terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini dan juga berdasarkan prestasi semasa. Ini adalah sesuatu yang sukar ditelan penyokong tegar The Reds setelah kehilangan kapten mereka musim
lalu Steven Gerrard yang berhijrah ke Major League Soccer di Amerika Syarikat dan berkemungkinan besar bakal menamatkan karier bolasepak beliau di sana kerana faktor usia yang semakin meningkat juga. Liverpool yang datang ke Malaysia dalam jelajah pra musim mereka juga kelihatan hambar apabila sekadar seri 1-1 dengan pasukan Pilihan Malaysia yang dibarisi 5 pemain impot saingan Liga Super. Walau bagaimanapun, pemain yang diturunkan Brendan Rogers selain 'Jordan Ibe' langsung tidak mempamerkan prestasi membanggakan untuk menyemarakkan semangat penyokong Liverpool di Malaysia sempena permulaan saingan musim baru Liga Perdana Inggeris.
Sasaran pemilik kelab The Reds yang diletakkan kepada Rogers adalah memastikan sekurang kurangnya layak je saingan Liga Juara Juara Eropah untuk musim depan dan berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik saingan BPL musim namun tanda tanda awal menunjukkan harapan terbaik mereka adalah untuk mengejar kedudukan untuk melayakkan diri buat Liga Europa sahaja. Mungkin terlalu pedas kata kata saya untuk diterima penyokong setia The Kop tetapi itulah realitinya melihat tiap musim Liverpool cuba membawa perubahan dan muka muka baru namun tetap gagal serta pengurus yang masuk juga pernah merupakan lagenda kelab tersebut tidak mampu merubah nasib mereka. Kini hari hari Brendan Rogers boleh dikira dan persoalan berapa lama lagi pemilik kelab tersebut sanggup bersabar dengan beliau selaku pengurus mula dispekulasi. Harus diingatkan musim lalu juga satu kegagalan buat Brendan Rogers dan musim baru ini bermula sepertimana ia berakhir musim lalu. Jikalau anda penyokong tegar Liverpool saya alu alukan komen anda.
Jangan lupa ikuti perkembangan pasukan Liga Perdana Inggeris dan bolasepak Eropah khususnya dalam Formasi Extra tiap Khamis jam 10mlm di Astro Arena saluran 801.