Dalam era ini, siapa tidak kenal dengan dua nama besar dalam dunia bolasepak.Dari apa yang dapat diperhatikan kedua – dua pemain ini seringkali dibandingkan oleh peminat- peminat mereka.
Pelbagai persepsi yang cuba diberi termasuklah permainan di atas padang,personaliti dan gaya hidup mereka di luar padang.Mana tidaknya,tiada siapa mampu mencabar mereka setakat ini sehinggakan anugerah pemain bola sepak dunia hanya dimonopoli oleh mereka.
Hal ini menyebabkan beberapa nama besar yang lain tenggelam dan jarang diberi perhatian khusus oleh media –media massa.Walaubagaimanapun kemampuan seseorang pemain bola sepak agak terbatas dari segi umur.
Mana tidaknya, ketika umur memasuki 30-an, ramai pemain sudah membayangkan soal persaraan mereka. Jarang kita dengar seorang pemain professional itu mampu bermain dengan baik dalam usia yang sudah lanjut.
Banyak faktor mendorong mereka untuk bersara dan faktor yang paling utama adalah tahap kecergasan. Ketika ini, dua bintang bola sepak dunia Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masing –masing sudah berusia 28 tahun dan 30 tahun.
Tetapi ramai pengkritik dan juga peminat membayangkan mereka mampu mengekalkan kecergasan mereka sehingga umur 35 tahun.Tapi apa yang sering dipersoalkan adalah mampukah mereka mengekalkan prestasi yang mereka ada ketika ini.
Jika dilihat dari segi persembahan semasa, nama yang disebut-sebut bakal menggantikan tempat mereka adalah Neymar dari pasukan Barcelona. Ketika ini Neymar baru berusia 23 tahun, kredibiliti beliau bersama pasukan Barcelona dilihat mampu untuk memecah tradisi yang dimonopoli oleh Ronaldo dan Messi.
Sekiranya Neymar mampu mengekalkan prestasi terbaiknya, sudah tentu nama beliau akan diangkat setara dengan nama-nama besar dunia.
Selain Neymar terdapat beberapa nama lain yang sedang meningkat naik antaranya adalah Paul Pogba,James Rodrigue,Harry Kane dan juga Romelu Lukaku.
Perebutan takhta pemain terbaik dunia pastinya bertambah menarik setelah Ronaldo dan Messi umumkan persaraan kelak tetapi apa yang pasti mereka ini akan dianggap sebagai lagenda sepanjang zaman sebaris dengan nama –nama besar seperti Pele, Maradona,Bobby Charlton dan juga Michel Platini.