Sekali pandang, atlet ini memang mencuri tumpuan dengan ketinggiannya yang mencecah 1.93 meter.
Dan hari ini, dia berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri, sekaligus meraih pingat emas dalam saingan Terbuka Singapura.
Apatah lagi, rekod itu turut melayakkan atlet berkenaan menjadi atlet pertama Malaysia layak ke Kejohanan Dunia Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) secara merit di London pada Ogos depan.
Atlet berkenaan adalah Nauraj Singh bagi acara lompat tinggi yang berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam saingan Terbuka Singapura, iaitu 2.30 meter mengatasi catatan 2.29 meter yang pernah dilakukannya dalam kejohanan yang sama, tahun lalu.
Menariknya, kali pertama atlet berusia 25 tahun ini memecah rekod kebangsaan pada tahun lalu, turut mencipta kejutan apabila melayakkan dirinya ke Olimpik Rio, juga secara merit selepas memadam rekod lama berusia enam tahun milik Lee Hup Wei, 2.27 meter.
Nauraj cuba untuk melakukan lompatan sehingga 2.33 meter hari ini, tetapi gagal dan saya tidak terkejut jika pemenang pingat emas Sukan SEA 2015 itu mampu mengatasi 2.30 meter dalam masa terdekat, khususnya dalam Liga Emas IAAF di Kawasaki, Jepun, bulan depan.
Seorang lagi atlet lompat tinggi negara, Hup Wei, turut tidak ketinggalan berkongsi keterujaannya melihat rakan sepasukan kini telah berada di tahap yang terbaik dan mampu meraih lebih banyak keputusan positif di persada dunia.
Meskipun dia sudah tidak lagi bergelar pemegang rekod kebangsaan sejak tahun lalu, tetapi Hup Wei tetap berharap rekod baru 2.30 meter yang dilakukan Nauraj itu tidak terhenti setakat itu untuk satu jangka masa yang lama.
Saingan Liga Emas di Jepun, Kejohanan Dunia di London dan pentas Sukan SEA Kuala Lumpur tidak mustahil akan menjadi medan seterusnya untuk Nauraj terus mencipta rekod kebangsaan yang baru.
Hari kedua saingan Terbuka Singapura akan berlangsung esok di mana sudah pasti tumpuan akan beralih kepada raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, yang akan beraksi dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4x100m manakala ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, akan mempertaruhkan aksi dalam 200 meter dan 4x100 meter.