Skip to main content

Rencana

Ketika ramai hilang percaya, mereka terus membara

chelsea-3-bournemouth-0-record-breaking-blues-march-on.jpg
Setelah mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth tempoh hari, Chelsea sah mencatatkan 12 kemenangan berturut-turut dan masih gah berada di tampuk tertinggi liga.

Liverpool dan Manchester City yang mengekori rapat ketika ini masih mengintai peluang untuk merebut tangga teratas mengatasi Chelsea.

Pendapat penganalisis bola ada mengatakan 6 pasukan tertinggi ketika ini berpeluang untuk menjuarai liga musim ini.  

Namun, jika Chelsea berjaya mengutip tiga mata berharga menentang Stoke City pada malam ini, pendakian Liverpool dan City akan semakin sukar apatah lagi mereka akan bertembung dalam perlawanan pada hari pertama tahun baru nanti.

Sementara peluang kemenangan yang dijangka untuk Chelsea ketika berhadapan dengan Stoke City pada malam ini agak cerah apabila dilihat The Potters tidak mencatatkan kemenangan dalam 4 perlawanan berturut-turut, tambahan lagi Stoke baru sahaja tewas kepada Liverpool dalam perlawanan liga pada Rabu lalu.

Chelsea yang mencatatkan kemenangan berterusan sejak menundukkan Southampton pada penghujung Oktober, mengejutkan ramai pihak yang tidak langsung menjangka bahawa The Blues akan menjadi pencabar bagi perebutan kejuaraan musim ini.

Perkara ini juga diakui oleh pengendalinya Antonio Conte yang berkata, “Pada awalnya, tidak seorang pun yang meletakkan harapan terhadap pasukan ini.

"Biar jurulatih, wartawan, tidak seorang pun menjangka pasukan ini akan berada di atas”.

Ini adalah kerana, setelah menjuarai liga pada musim 2014/2015 di bawah kendalian Jose Morinho, prestasi The Blues terus merudum seolah-olah hilang punca dan sangat sukar mencari penyelesaian bagi mengembalikan momentum mereka. 

Namun, kini mereka telah membuktikan pasukan ini masih berbisa dan kembali mula mendapat perhatian orang ramai terutamanya pihak media.

Dan jika mereka mencatatkan kemenangan terhadap Stoke City pada perlawanan ke 19 musim ini, mereka akan menyamai rekod Arsenal pada musim 2001/2002 yang mencatat 13 kemenangan berturut-turut dalam perlawanan liga. 

Advertisement

Must Watch Video