Skip to main content

Rencana

Kena sekolah!

jdt.jpg
Aksi di Larkin di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka United yang berkesudahan dengan JDT menang besar 7–0 menyaksikan dua rekod dicipta.

Ini kerana sejak tertubuhnya Liga Super pada 2004, JDT muncul pasukan pertama berjaya meledak jumlah gol terbanyak dalam satu perlawanan dengan tujuh gol, dan kedua, Melaka United muncul pasukan pertama bolos dengan jumlah tertinggi iaitu tujuh kali bolos dalam satu perlawanan.

Kepincangan pasukan Melaka United sebenarnya telah lama disedari peminat bolasepak tanah air.

Masakan tidak, skuad kendalian Eric Willims itu hanya mampu mencatatkan dua kemenangan dan kekal berada di tangga tiga terbawah liga.

Jangkaan peminat sebelum bermula Liga Super khususnya penyokong tegar Melaka United ternyata meleset biarpun skuad Hang Tuah melaburkan sejumlah dana yang banyak apabila mereka layak ke Liga Super. 

Ada ura-ura mengatakan bahawa kesilapan pertama Melaka United yang dilakukan adalah tidak mengekalkan Mat Zan Mat Aris selaku ketua jurulatih. 

Kehadiran empat tonggak import seperi Sergio Aguero, Gadwin Antwi, Jeon Woo dan ketua pasukan Ilja Spasojevic turut gagal memberi impak hebat, tidak sama seperti aksi di Liga Perdana dahulu.

Selepas kekalahan memalukan di tangan JDT, ada perkhabaran yang mengatakan bahawa pengurus Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff, mahukan rombakan besar-besaran dilakukan segera.

Dengan saingan liga masih lagi berbaki 14 perlawanan, sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan maruah yang terlancar teruk, selain perlu berusaha keras untuk kekal di Liga Super.

Advertisement

Must Watch Video