Nampaknya, video kreatif yang dikongsikan Mohamed Salah di akaun twitternya tentang dua orang budak lelaki (berwajah Salah dan Sadio Mane) berlari ke arah satu sama lain dan berpelukan dengan gembira, sambil disaksikan bapa mereka (berwajah Jurgen Klopp) menjadi realiti di Anfield.
Mane dan Salah, sama-sama berperanan penting dalam memastikan aksi pertama Liverpool selepas musim rehat bola sepak antarabangsa, tidak menjejaskan momentum baik pasukan itu dengan merekodkan kemenangan kelima berturut-turut dengan menundukkan Newcastle United.
Penyerang antarabangsa Senegal dan Mesir itu tahu mereka perlu menyumbangkan jaringan dalam pertemuan itu bagi menutup segala kontroversi - juga sebagai tanda maaf kerana merisaukan para penyokong dengan drama sebabak dua minggu lalu.
Di Burnley, Liverpool merekod kemenangan 3-0 tetapi orang ramai lebih berminat untuk mengetahui apakah hubungan Mane dan Salah selama ini tegang dan Anfield bermasalah.
Ada juga pihak yang cuba memperbesarkan sikap panas baran Mane yang secara terang-terangan naik angin selepas tidak mendapat hantaran bola daripada Salah.
Salah pula dikatakan tamak dan tidak mahu Mane merekod jaringan lebih banyak daripadanya.
Segala perdebatan itu mengundang satu persoalan besar - apakah ia akan jadi kelebihan atau malapetaka buat Liverpool, yang sekali lagi cuba mengejar kejuaraan liga domestik selepas kempunan sejak 1990.
Walaupun tidak dapat dipastikan apakah ia ada kaitan dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang turut mendapat tempias kontroversi itu apabila dihujani dengan soalan sama daripada wartawan dan pemerhati bola sepak, pengendali kelahiran Jerman itu pastinya sedang tersenyum.
Ini kerana kontroversi itu hanya menaikkan jumlah jaringan Mane kepada empat gol menerusi tambahan dua gol daripada aksi terbaru itu.
Salah, yang menambah satu gol juga mengumpulkan empat gol secara keseluruhan, diikuti Firmino dengan dua gol dan tiga bantuan gol daripada lima penampilan.
Nampak macam keluarga bahagia, bukan?