Skip to main content

Rencana

Kapan Away? Perlukah kita ke GBK? (bhg 3)

coooooo.jpg
Jawapannya jelas tidak. Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada penyokong Malaysia di sana malam Khamis lalu.

Hendak keluar hotel mereka diserang, hendak ke stadium mereka diserang, di dalam stadium mereka diserang, hendak keluar stadium masih lagi diserang.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memukul canang bahawa mereka telah dijanjikan jaminan keselamatan terbaik hasil dua proses 'negosiasi' dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), namun jaminan keselamatan apa yang mereka berikan sehingga masih ada saudara kita yang menumpah darah di bumi orang?



Sedih sebenarnya memikirkan nasib penyokong Malaysia di sana. Mereka mengeluarkan wang kocek sendiri hanya untuk berdepan ancaman nyawa dek tindakan 'barbaric' dan tidak bertamadun penyokong fanatik Garuda.

Niat mereka hanya untuk menikmati perlawanan bola sepak sambil menyokong pasukan kebangsaan, namun disambut dengan balingan batu, air kencing, besi, bom asap dan suar.

Itu belum mengambil kira mereka dikuarantin di ruangan sempit selama tiga jam selepas perlawanan.

FAM dan pihak-pihak yang berkenaan seharusnya tidak lagi boleh berlembut dalam menangani isu seperti ini.

Masakan boleh, ketika maruah negara kita dipijak dengan sorakan 'maling', anjing, dan tifo-tifo penghinaan dengan ayat lucah dibiarkan berleluasa dalam perlawanan berkenaan.

Indonesia, selaku negara dengan populasi Muslim terbesar, tidakkah mereka sedar bahawa Islam menuntut kita untuk memuliakan tetamu?



Namun, janganlah kita memandang 'bencana' yang menimpa penyokong Malaysia di sana itu sebagai alasan untuk berdendam kerana dendam hanya akan merosakkan hati dan memusnahkan diri.

Tunjukkanlah kepada setiap pelawat yang hadir di sini erti sebenar menjadi penyokong bola sepak dengan tingkah laku mulia dan bertatasusila, terutama ketika melayani kunjungan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 19 November depan.


 

Advertisement

Must Watch Video