Skip to main content

Rencana

Kalau lelaki boleh buat, perempuan apa kurangnya?

stephaniefrappart.jpg
Sebut saja bola sepak, tidak dinafikan adalah sukan yang didominasi kaum lelaki, daripada pemain, pengurus, barisan kejurulatihan dan juga peminat-peminat tegar. Tetapi dengan peredaran zaman yang semakin moden, wanita juga kini mempunyai peranan dalam sukan nombor satu dunia ini.

Piala Dunia Wanita baru-baru ini turut membuktikan betapa wanita dan bola sepak semakin serasi dan walaupun tidak popular berbanding pasukan lelaki, ia semakin menarik perhatian ramai dan khidmat wanita turut digunakan dalam bola sepak.

Seminggu lalu, sejarah tercipta bukan kerana Liverpool dinobatkan juara Piala Super selepas menewaskan Chelsea dalam penentuan sepakan penalti, tetapi final itu adalah perlawanan pertama berprofil tinggi yang diadili seorang pengadil wanita, Stephanie Frappart. 

Frappart, yang turut mengadili perlawanan Piala Dunia wanita baru-baru ini, dianggap salah seorang pengadil terbaik masa ini dan juga berkaliber. Pembabitan Frappart dalam bola sepak bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia sebenarnya ingin menjadi seorang pemain bolasepak pada usia muda.

Cintanya sebagai pemain semakin pudar dan minat dalam mengadili perlawanan lebih mendalam sebelum Frappart mengambil keputusan untuk tidak meneruskan karier sebagai seorang pemain tetapi sebaliknya ingin menjadi pengadil.

Watak utama yang dipegang Frappart diharapkan dapat menjadi aspirasi kepada kaum Hawa di seluruh dunia yang ingin menceburi dunia bola sepak kerana ramai lagi wanita yang pasti akan membuat impak seperti Frappart selepas ini dalam dunia yang sebelum ini didominasi kaum Adam.   

Advertisement

Must Watch Video