Pelbagai reaksi diterima mengenai Kejohanan Hoki Piala Razak 2019. Adakah patut diteruskan mengikut jadual atau dibatalkan?
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) mengambil keputusan meneruskan kejohanan selepas tiada sebarang bantahan dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan.
Ini bermakna, semua 22 pasukan mahu bertanding walaupun dalam keadaan tidak selesa.
Realitinya, keputusan tersebut dibuat ketika semua pasukan sudah mengeluarkan kos ribuan ringgit untuk berada di Bukit Jalil.
Malah, ramai yang mendapatkan penaja.
Jika dibatalkan, apa yang patut mereka katakan kepada pihak terbabit?
Jika melihat kepada Prosedur Operasi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengenai aspek cuaca, tidak membabitkan masalah jerebu.
Jadi, dalam soal ini KHM perlu buat keputusan tepat adakah Piala Razak 2019 patut diteruskan atau tidak.
"Kami akan menggunakan prosedur FIH jika Indeks Pencemaran Udara melebihi 200. Masa rehat setiap suku masa akan dipanjangkan kepada 4 minit (berbanding normal 2 minit) dan pemain dibenarkan keluar minum air tanpa memaklumkan pengadil.
"Pasukan perubatan akan bersiap-sedia di stadium sepanjang kejohanan. Apa yang penting ialah keselamatan pemain," kata Pengurus Pertandingan KHM, Brian Fernandez.
Mujur, jerebu di Bukit Jalil makin baik.
Jika tidak, mungkin Piala Razak 2019 terpaksa ditunda selepas play-off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, 2 dan 3 November depan.
Moga tiada insiden tidak diingini berlaku pada Piala Razak 2019.