Keputusan drastik yang diambil oleh Presiden Real Madrid, Fiorentino Perez, memecat pengendali Real Madrid, Santiago Scolari, apabila prestasi Madrid yang terumbang ambing pada musim 2018-2019 dan telah memanggil kembali bekas pengendali Real Madrid yang berjaya mencipta sejarah gemilang diperingkat Eropah dengan mencipta sejarah Real Madrid dalam Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah apabila menjuarainya selama tiga tahun berturut-turut iaitu Zinedine Zidane.
Dalam masa singkat Zidane telah berjaya menjulang nama Real Madrid kembali apabila menjuarai LaLiga pada musim 2019-2020. Walaupun pada awal musim prestasi Real Madrid agak sedikit tenggelam disebabkan beberapa faktor dalaman yang mengganggu keharmonian pasukan, namun Zidane dapat mengatasinya dengan baik.
Dengan pengalaman yang luas sebagai pemain dan telah memenangi pelbagai kejuaraan dengan beberapa pasukan, ia telah berjaya membina satu personaliti yang baik sehingga menguatkan jenama dirinya sebagai seorang yang berpengaruh di dalam pasukan atau pun sebagai duta sesebuah organisasi. Pernah dinobatkan sebagai pemain termahal di dunia dengan nilai pasaran berjumlah 77.5 juta Euro pada 2001 apabila Zidane berhijrah dari Juventus ke Real Madrid. Nilai itu sudah membuktikan bahawa Zidane mempunyai aura tersendiri apabila berada di atas padang ini diakui sendiri oleh beberapa orang rakan sepasukannya di Real Madrid seperti David Beckham, yang menganggap Zidane sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman.
Reputasi itu sudah memadai buat Zidane untuk mengunakannya apabila menguruskan sesebuah pasukan sebagaimana Zidane menguruskan Real Madrid walaupun beliau kembali ke Real Madrid dalam keadaan prestasi pasukan yang terumbang ambing dan kekangan kewangan kelab. Tetapi itu bukan masalah padanya untuk mengangkat dan menjulang kembali. Apa yang boleh dipelajari disini bagi penulis, bagaimana Zidane membina jenama peribadi yang kuat selain bijak dalam mengurus tadbir pasukan dengan baik. Zidane juga bijak dalam meletakkan jenamanya didalam corak falsafah permainan pasukannya dan mencorak emosi pemain dengan mengunakan kata-kata yang melonjakkan semangat pemain-pemain bermain dengan semangat berpasukan demi kelab yang mereka wakili.
Imej dan personaliti Zidane juga terserlah baik di atas padang ketika bermain atau di tepi padang ketika menjadi pengurus juga memainkan peranan dalam bentuk nilai jenama peribadi. Inilah elemen-elemen kejayaan Zidane dalam melakar sejarah dalam bola sepak antarabangsa yang tidak boleh padam sampai bila-bila dan akan menggekalkan sengat yang bisa itu sebagai sejarah yang akan dikenang dan akan menjadi bahan rujukan kepada generasi akan datang dan menjadikan jenama Zinedane Zidane kekal bisa diatas dunia.