Sekembalinya Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa ke pangkuan Johor Darul Ta'zim (JDT), sudah pasti akan mengembirakan peminat-peminatnya kerana kedua-dua pemain ini mempunyai sejarah dan sentuhan yang begitu rapat di jiwa peminat-peminat JDT.
Beberapa kejayaan dicipta oleh JDT bersama kedua-dua pemain ini, terutama menjulang Piala AFC 2016.
Apa yang pasti dengan kehadiran bintang Argentina, Figueroa, pasti akan memberi peluang kepada pemain-pemain muda JDT untuk menimba ilmu sebanyak mungkin memandangkan dia juga merupakan duta pasukan JDT.
Daripada penyusunan semula pasukan JDT dengan membawa muka-muka baharu dan memanggil semula pemain-pemain yang pernah berkhidmat dengan mereka suatu ketika dahulu itu menunjukkan pengurusan JDT ada perancangan dan sasaran yang mereka inginkan pada tahun 2018.
Bagi penulis, ini satu strategi yang menarik di mana penulis dapat melihat sasaran yang diinginkan pasukan JDT begitu besar.
Selain mengekalkan kejuaraan liga dan piala-piala yang sedia ada dalam genggaman, yang lebih penting ingin layak ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada tahun 2018.
Itu yang boleh penulis katakan kerana kita boleh melihat keinginan yang tinggi daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana ia dapat membantu meningkatkan nilai komersial kelab JDT itu sendiri.
Selain itu, penulis juga ingin melihat pemain-pemain muda tempatan perlu mengambil kesempatan sebaik mungkin dengan meletakkan satu matlamat untuk meningkatkan prestasi diri kerana landasan yang disediakan oleh JDT begitu rapi dan mempunyai misi yang jauh.
Pengurusan persatuan dan kelab-kelab tempatan perlulah mengikut bagaimana perancangan dan strategi yang dilakukan oleh JDT untuk mebangunkan bola sepak negara selain merubah mentaliti untuk mencapai apa yang diinginkan oleh semua pencinta-pencinta bola sepak Malaysia untuk melihat kebangkitan bola sepak Malaysia di peringkat dunia.
Selamat maju jaya kepada pasukan JDT dan pasukan-pasukan dalam saingan Liga Malaysia 2018.
Kredit: FB Johor Southern Tigers