Rekod Datuk Lee Chong Wei menentang seteru agungnya Lin Dan pada musim 2017 nampaknya kurang memberangsangkan pada kedudukan 0-2.
Final Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Kuching Sarawak berkesudahan dengan Lin Dan akhirnya mendakap kejuaraaan ini dalam pertembungan tiga set.
Baru sudah di Kejohanan Badminton Asia, Lin Dan utuh di laman sendiri menidakkan Chong Wei dalam aksi separuh akhir,straight sets.
Umum tahu misi sebenar Chong Wei adalah untuk menamatkan kemarau bergelar Juara Dunia di Glasgow Scotland,Ogos ini.
Seandainya ditakdirkan dua gergasi ini mencongak perhitungan di Glasgow bagi memutlakkan siapa yang lebih agung musim ini,sudah pasti keyakinan peminat badminton dunia lebih memihak “Super Dan” yang sudah pun memiliki lima mahkota kejuaraan dunia.
Saya menjadi antara saksi tragedi duka Chong Wei saat dia begitu hampir bergelar juara dunia di Guangzhou China 2013.
Pasca kekalahan itu ibarat menerbitkan penyesalan daripada Chong Wei dalam erti, mungkin dia boleh lakukan sesuatu yang berbeza sepanjang perlawanan epik itu.
Suara hati dan logik akal saya tetap berasakan Chong Wei akan tetap berupaya layak ke pentas Final Kejohanan Dunia di Glasgow itu.
Lawannya, pilihlah siapa sahaja daripada kalangan terbaik dunia,dan untuk kali terakhir,mengapa tidak Lin Dan,senario idaman dunia.
Apa pun yang terjadi di Scotland nanti,usah ada penyesalan Datuk,Malaysia dan dunia sudah pun menyematkan nama Lee Chong Wei sebagai seorang Legenda.