RENCANA
Jangan dibuai mimpi oleh jawatan
Ini dipertikaikan sendiri oleh presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa kepada badan induk itu melalui muka bukunya. Satu lagi kemelut yang dihadapi oleh FAM bukan sahaja dalam menguruskan pembangunan bola sepak negara dan hak penyiaran kepada persatuan negeri.
Ujian demi ujian yang dilalui oleh FAM dalam memajukan bola sepak negara, namun inilah ujian pembaharuan yang perlu dilalui oleh peneraju badan induk itu, dimana selama ini mungkin tidak ramai atau tidak ada dikalangan ahli gabungan badan induk itu BERANI bersuara demi perubahan.
Apa yang disuarakan oleh mereka itu adalah benar kerana mereka bersuara tentang hak-hak mereka. Mungkin sedikit kelemahan system pentadbiran FAM selama ini tidak diambil peduli oleh ahli gabungan tetapi apabila menuju era kemajuan dan professional dalam mengurus sesebuah kelab memerlukan dana yang besar sudah membuka mata ahli-ahli gabungan tentang hak mereka.
Iklan
Kebijaksaan dalam mengurus seseuah organisasi perlu terselah terutama kelompok-kelompok atasan FAM yang membuat dasar kerana mereka perlu peka dengan keadaan semasa dan juga mencari jalan terbaik dalam menagani masalah yang mereka hadapi dengan pembaharuan yang diinginkan oleh ahli gabungan dan peminat.
Ahli-ahli exco FAM tidak boleh dibuai mimpi dengan jawatan yang disandang tetapi perlu lebih efektif memikirkan dasar-dasar baru dalam memperkasakan system pentadbiran FAM itu sendiri dan melihat jauh terutama dalam agihan hak-hak persatuan negeri dan kelab.
Pihak atasan tidak boleh terlepas pandang sebagaimana yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden FAM, Dato Sri Affendi tentang agihan ticket perlawanan akhir yang dibangkitkan oleh President KAFA. Di sini menunjukan kelemahan urus tadbir, apakah tidak ada minit musyuarat dan lporan yang diterima oleh pihak atas FAM. Kalau ini pun tidak ada bagaimana mereka ingin memantau setiap pejalanan urus tadbir FAM. Sudah-sudahlah dengan apa yang berlaku ini, padanglah kehadapan demi kemajuan bola sepak negara. Janganlah syok sendiri dengan jawatan yang disandang.
Bangkitlah demi maruah negara wahai orang-orang atasan FAM kerana masih ada ruang untuk diperbaiki.
Must-Watch Video