Seperti yang sudah dijangka, panggilan semula Ahmad Hazwan Bakri dalam skuad kebangsaan mengundang rasa tidak senang penyokong bola sepak tanahair.
Berdasarkan pemerhatian saya di laman media sosial, rata-rata peminat yang mungkin saya boleh labelkan sebagai 'netizen' mengambil pendekatan negatif dengan melakukan kecaman ke atas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.
Mereka mendakwa Cheng Hoe tidak bijak membuat pilihan pemain kerana masih dipengaruhi dengan prestasi lampau Hazwan sekali gus menganggap penyerang Johor Darul Takzim itu sebagai 'anak emas' jurulatih berusia 51 tahun ini.
Ternyata, hanya kerana Hazwan kembali disenaraikan dalam barisan skuad Harimau Malaya, tindakan Cheng Hoe yang memanggil J. Partiban, Brendan Gan dan Danial Amier Norhisham untuk tugasan kali ini tidak pula diperkatakan.
Sebenarnya, itu juga yang dimahukan netizen selepas Partiban dan Brendan menunjukkan prestasi memuaskan sehingga berjaya membantu pasukan mereka, Perak muncul naib juara Piala FA musim ini.
Tapi itulah, disebabkan Hazwan, tindakan Cheng Hoe yang tetap memberi suntikan nafas baru kepada skuad kebangsaan dilupakan begitu sahaja.
Saya tidak nafikan, kritikan terhadap pemilihan Hazwan ada rasionalnya memandangkan penyerang berusia 28 tahun itu kurang minit permainan bersama kelabnya sejak kebelakangan ini, tapi siapa penyerang tulen yang kita ada untuk disenaraikan?
Sebenarnya, bukan sahaja Hazwan kurang minit permainan, penyerang lain juga sama seperti Shahrel Fikri Md Fauzi, Syafiq Ahmad, Jafri Firdaus Chew kecuali Norshahrul Idlan Talaha yang saya boleh simpulkan dia kerap juga beraksi sama ada sebagai pemain utama atau pemain simpanan bersama Pahang, musim ini.
Shahrel Fikri, pemain ini bergelut untuk diturunkan sebagai super-sub skuad Perak dan adakala dia langsung tidak diturunkan walaupun prestasinya tetap berada pada tahap terbaik.
Namun, itulah senario bola sepak negara ketika ini di mana kita ketandusan pemain di posisi penyerang. Jadi, saya berasakan kita sebagai pendukung bola sepak tanahair harus menghormati keputusan Cheng Hoe.
Beliau wajar diberi peluang untuk membentuk skuad terbaiknya bagi menghadapi Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu, UAE untuk dua perlawanan pertama dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 dan 10 September ini.
Buat Hazwan yang sinomin dengan panggilan Jack dikalangan rakan sepasukan, jadikanlah kritikan yang dilemparkan terhadap anda sebagai satu cabaran dan buktikanlah ia juga tidak benar!
Ayuh Harimau Malayaku!.