Skip to main content

Rencana

Ivan dan Gillian Juara SUKIPT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

020216gillianngivanyuen-jpg.jpg

SUKIPT 2016 bermula pada 25 Januari hingga 5 Februari di Universiti Teknologi Malaysia, Johor dan mempertandingkan 24 sukan.

Edisi ke 3 ini meneruskan objektif Kementerian Pendidikan Tinggi dengan slogan ‘Soaring Upwards’ dalam menghasilkan ‘The Thinking Athletes’ dan atlit bertaraf dunia.

Advertisement

Cik Norsham Binti Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pusat Sukan Universiti Malaya (UM) yang juga memantau Pusat Sukan Tumpuan Skuasy UM dalam membangunkan skuasy di semua IPT Malaysia berpendapat, temasya seperti SUKIPT penting dalam menggalakkan para pelajar IPT terus aktif dan konsisten dalam sukan.

Ivan dan Gillian juga memberi pandangan mereka.

1. Apakah maknanya pingat emas SUKIPT untuk anda?

Ivan: Saya memenangi pingat emas ini untuk menghargai segala bantuan dan kepercayaan UPM selama ini kepada saya.

Gillian: Sungguh manis kerana merangkul pingat emas SUKIPT buat pertama kali. Ia sudah pasti meningkatkan keyakinan diri dan yakin ia dapat membantu dalam membolehkan saya mendapat biasisawa KPT.

2. Pendapat anda tentang SUKIPT?
Ivan: Temasya yang cukup baik untuk menggalakkan lebih ramai pelajar berkecimpung dalam sukan dan terus kompetitif.

Gillian: Saya rasa ia sememangnya positif. Ia dapat mengumpulkan atlet terbaik IPT dan sekaligus merapatkan hubungan para pelajar IPT melalui sukan.

3. Anda seronok menjadi pelajar atlet?
Ivan: Ya sudah tentu. Ia memberi peluang kepada saya untuk terus aktif dalam sukan yang saya cintai-skuasy dan pada masa yang sama memberi fokus kepada pendidikan. 
  

Gillian: Ya. Tidak ramai yang mempunyai kebolehan menjadi seorang atlit. Jadi saya tidak akan lepaskan peluang yang ada untuk terus belajar sehingga ke peringkat tertinggi dan juga untuk bermain skuasy. Kehidupan yang seimbang amat penting.

4. Nasihat anda kepada golongan belia Malaysia.
Ivan: Terus aktifkan diri dalam sukan dan saya berharap lebih ramai belia bermain sukan skuasy. 

Gillian: Belajar pada yang sama bersukan. Apapun jangan berputus asa. Sentiasa mencuba kerana peluang terbuka kepada semua.

Must Watch Video