Skip to main content

Rencana

Heskey ibarat watak Robin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

emile-heskey_dxq9lwyngk2t1cf9jc5nonw6x.jpg
Sepanjang kerjaya profesionalnya, bekas pemain England, Emile Heskey mungkin lebih dikenang sebagai penyerang yang lebih gemar melakukan bantuan gol daripada menemui sasaran jaringan buat pasukan yang diwakilinya.

Dalam kata lain, Heskey mungkin dianggap sebagai pemain lagenda yang tidak dihargai kerana kurang menjaringkan gol walaupun beraksi sebagai penyerang.

Dengan susuk tubuh tegap, ketinggian 188 cm, Heskey kerap memainkan peranan sebagai penyerang kedua (second striker) atau watak pembantu kepada penyerang utama.

Seperti kisah adiwira Batman, Heskey mungkin boleh dianggap watak pembantunya, Robin jika kita membincangkan gandingan Heskey-Michael Owen sekitar tahun 2000 hingga 2003, bersama Liverpool dan England.

“Sebenarnya, saya berasa seronok bermain bersama Michael [Owen] dan kombinasi kami amat berkesan ketika itu.

“Ketika di Liverpool, sebenarnya saya, Michael, Robbie Fowler, Jari Litmanen dan Milan Baros secara keseluruhan mempunyai purata jaringan gol yang baik selaku penyerang.

“Saya tidak terlalu memikirkan pandangan sesetengah pihak mengenai saya kurang jaringkan gol kerana bola sepak adalah permaknan berpasukan.

“Ia sebenarnya bergantung kepada pandangan berbeza individu mengenai peranan saya dalam pasukan,” kata Heskey dalam siaran terkini Man On The Street (MOTS) yang akan ke udara pada 28 Mei ini di saluran Astro Supersport (CH813), jam 9 malam.

MOTS adalah rancangan terbitan Astro Supersport yang memberi peluang buat peminat bertemu dengan pemain kegemaran mereka dan berbincang perbagai topik.
 
Jika diteliti statistik karier keseluruhan Heskey di EPL, dia sebenarnya meraih 110 gol dalam 516 perlawanan.

Heskey mula menjadi tumpuan peminat bola sepak di England pada musim 2000, apabila dia berhijrah dari Leicester City ke Liverpool dengan yuran perpindahan sebanyak 11 juta pound.

Bukan mudah buat mana-mana pemain segera menyesuaikan diri apabila berhijrah ke sebuah kelab yang besar, dan Heskey turut melalui kesukaran itu ketika mula menyertai Liverpool.

“Saya berusia 22 tahun ketika berhijrah ke Liverpool dan ketika itu, daripada segi bola sepak saya sudah bersedia tetapi daripda sudut peribadi saya menghadapi sedikit masalah.

“Saya lahir dan dibesarkan di Leicester dan tidak pernah keluar dari sana, jadi sudah pasti saya perlu masa ketika itu untuk menyesuaikan diri terutama daripada segi dialek percakapan warga tempatan di Liverpool yang amat berbeza.

“Di dalam padang, tiada masalah saya menyesuaikan diri walaupun corak permainan Leicester dan Liverpool berbeza.

“Saya mudah menyesuaikan diri kerana pengalaman bersama skuad kebangsaan England di peringkat bawah umur.

“Liverpool gemar memulakan gerakan dari bawah, melakukan hantaran pendek dengan rakan sepsukan dekat dengan anda di padang dan ia mirip cara permainan dengan skuad kebangsaan,” kata Heskey.

View this post on Instagram

19 years ago #lfc #ynwa #dreamscometrue

A post shared by Emile Heskey (@theemileheskey) on


Heskey meraih beberapa kejuaraan di Liverpool dan yang terbaik sudah pasti kejuaraan treble pada musim 2000/01 yang menyaksikan The Reds meraih kejuaraan Piala Liga, Piala FA dan Piala UEFA.

Martin O’Neill dan Gerard Houllier pula adalah pengurus yang paling banyak membantu Heskey sepanjang karier, manakala Jurgen Klopp adalag pengurus kegemarannya pada masa kini.

“O’Neill membantu saya sebagai pemain muda di Leicester dengan kerap memberi galakan kepada saya untuk berjaya manakala, pendekatan Houllier banyak membantu saya ketika di Liverpool.

“Ketika ini Klopp adalah pengendali yang paling saya minati kerana bagi saya, anda perlu mempunyai perwatakkan sebagai seorang bapa untuk menjadi pengurus yang berjaya,” kata Heskey.

Corak permainan Heskey sebagai seirang penyerang mungkin tidam begitu digemari sesetengah peminat dan pemerhati bola sepak.

Namun hakikatnya, Heskey tetap memainkan peranan penting dalam setiap perlawanan dia beraksi ketika mewarnai saingan EPL dan skuad The Three Lions.
 

Advertisement

Must Watch Video