RENCANA
Hazard lagi mahal dari Pogba ?
Di kala saingan liga tempatan belum pun memasuki separuh musim, saingan liga antarabangsa semakin sampai ke penghujungnya dengan hanya tinggal beberapa perlawanan sahaja lagi.
Tumpuan tentunya terarah kepada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di mana perebutan takhta terarah di antara Chelsea dan Tottenham Hotspurs.
Sudah tentu, apabila tamatnya liga nanti, perkara yang paling mencuri tumpuan adalah topik perpindahan pemain.
Iklan
Terkini, media antarabangsa sudah mula mengeluarkan spekulasi bahawa bintang Chelsea dari Belgium, Eden Hazard, dikhabarkan bakal menjadi pemain termahal dunia dengan mengatasi rekod pemain Manchester United, Paul Pogba.
Ini berikutan 'lampu hijau' yang telah diberikan oleh presiden Real Madrid, Florentino Perez, yang mahukan kehadiran Hazard di Santiago Bernabeu tidak kira berapa harga yang ditetapkan Chelsea.
Dikhabarkan, Eden Hazard menjadi sasaran nombor satu Real Madrid bagi menghadapi saingan musim hadapan.
Bukan sahaja presidennya, malah ketua jurulatih, Zinedine Zidane, turut mahukan tonggak Chelsea itu menyertai anak-anak buahnya dalam saingan LaLiga.
Bagi Antonio Conte, beliau pastinya tidak mahu kehilangan Hazard yang merupakan nadi utama buat Chelsea musim ini, tetapi cerita berbeza di pihak pengurusan The Blues apabila mereka telah pun menetapkan bahawa Hazard tadak akan dijual pada harga kurang daripada GBP84 juta (RM554j).
Biarpun berat untuk melepaskan Hazard, namun pihak pengurusan Chelsea pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk memanfaatkan permintaan dan kehendak Real Madrid untuk menjana dana kelab, selain memecahkan rekod yang dimiliki pemain Manchester United, Paul Pogba.
Must-Watch Video