"Saya masih ingat ketika Sukan Olimpik London 2012, Lin Dan turun daripada bas selepas latihan menuju ke gelanggang, dan kelihatan bersedia untuk membunuh Chong Wei".
"Itu perwatakan yang seharusnya ada dalam diri Lee Zii Jia, seperti seekor harimau".
Itu yang keluar daripada bicara bibir Datuk James Selvaraj, bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia, BAM apabila berkongsi pandangan peribadi ke atas perkembangan semasa Perseorangan Lelaki No.1 Negara, Lee Zii Jia.
Zii Jia mengharungi tiga kejohanan dalam bulan Julai sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Dunia 2019 di Basel, Switzerland bermula tanggal 19 Ogos ini.
Di Terbuka Indonesia yang menghimpunkan pemain terbaik dunia, Zii Jia cetus sensasi apabila menyingkirkan bekas Juara Dunia dan Olimpik, Chen Long.
Tetapi di suku akhir, dia tewas tanpa arah tuju kepada pemain yang seangkatan denganya, Anders Antonsen.
James seperti juga peminat badminton tanah air sedar akan kelebihan fizikal Zii Jia begitu juga kemampuan teknikal dan perwatakan tersendiri.
Tetapi kadang kala ada waktu yang menampakkan kepincangan dan kematangannya untuk benar-benar digelar 'Elit'.
Saya berasakan Zii Jia bukan sahaja boleh mencuri lagak serta ego yang dimiliki Lin Dan dalam mendominasi badminton dunia.
Tetapi juga mampu mencerap semangat juang tinggi dan keengganan mengibar bendera putih seperti yang sering ditampilkan Datuk Lee Chong Wei.
Mungkin kombinasi Harimau Cina Selatan dan Harimau Malaya mampu menjadikan Zii Jia perseorangan hebat yang diimpikan Malaysia.