Selepas 10 aksi Liga Super, persaingan tampak sengit di kalangan tiga pasukan teratas, Johor Darul Takzim (JDT), Pahang dan Kedah.
JDT kini kembali mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas kemenangan 7-0 ke atas Melaka dan terbaru 2-1 mengatasi PKNS FC Sabtu lalu.
Juara Piala AFC 2015 ini kini mendahului liga dengan 23 mata selepas 10 perlawanan dikuti Pahang 20 mata dan Kedah ketiga dengan 19 mata.
Walaupun terdapat desas-desus beberapa tonggak seniot JDT kini kurang serasi dengan pengendali kelab itu Benjamin Mora, mereka tampak tetap bersikap profesional di atas padang dalam memburu kemenangan pasukan.
Sekaligus pemain JDT membuktikan mereka tetap pencabar kejuaraan musim ini.
Pahang yang musim ini kembali di latih Dollah Salleh, turut kelihatan skuad ampuh yang menyerapkan ramai tonggak baru pengalaman seperti Joseph Kallang Tie dan Nuridzuan Abu Hassan.
Skuad tok gajah musim ini turut menjelmakan corak permainan menyerang yang pasti memikat peminat setia mereka untuk kembali mengisi Stadium Darul Makmur yang sedikit lengang musim lalu.
Kedah yang merupakan pilihan penulis untuk kejuaraan liga musim ini sedikit merosot dalam dua aksi terakhir liga.
Penulis tidak pasti sama ada ia kebetulan atau tidak, tetapi prestasi Kedah sedikit menurun sebaik pengendali pasukan Tan Cheng Hoe mengumumkan akan menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk kembali ke persatuan itu sebagai penolong jurulatih kebangsaan.
Penulis percaya, pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) perlu bertindak pantas memastikan jurulatih yang akan menyambung tugas Cheng Hoe dalam usaha memantapkan kembali cabaran mereka dalam Liga Super.
Penulis menjangkakan Perak, Selangor dan Kelantan akan terus bersaing sehingga akhir musim dalam usaha mengukuhkan kedudukan masing-masing.
Manakala T-Team, Felda United, PKNS FC dan Melaka juga perlu segera mengukuhkan kedudukan untuk tidak jatuh di zon penyingkiran bersama Sarawak dan Pulau Pinang ketika ini.