Pelbagai andaian dan tohmahan dibuat terhadap pengurusan skuad kebangsaan apabila memilih lawan dalam perlawanan persahabatan berkelas "A" menentang pasukan-pasukan yang dianggap lemah dan ranking lebih rendah berbanding Harimau Malaya, sebagaimana yang telah dilalui dalam pertemuan menentang Mongolia dan aksi menentang Bhutan esok.
Apa yang dirancang dan dilakukan oleh pengurusan skuad kebangsaan ketika ini semuanya tidak kena di mata segelintir peminat dan pemerhati bola sepak negara. Ini seolah-olah tidak memberi kebaikan dan peningkatan kepada bola sepak negara.
Itu pada pandangan mereka tetapi apakah mereka lupa bahawa Harimau Malaya dalam keadaan terluka? Itulah realitinya.
Kita perlu realistik dengan keadaan bola sepak negara kita ketika ini, di mana luka-luka lama sedang diubati.
Ia bermula dengan sistem pengurusan dan penstrukturan semula program-program akar umbi yang sedang diperbaharui untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti tinggi pada suatu hari nanti.
Janganlah anggap apa yang dilakukan oleh pengurusan skuad kebangsaan ketika ini tidak bererti, sebaliknya perlu mengerti dengan keadaan pemain-pemain sedia ada ini yang memerlukan sokongan dan bukan hanya herdikan atau hentaman.
Kita perlu positif dan memahami secara realistik kualiti pemain-pemain yang sedia ada ini. Mereka ini merupakan kelompok yang bagus tetapi ada sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki.
Berilah ruang dan peluang kepada mereka untuk terus berbakti. Bagi pengurusan pula, mereka telah merancang strategi sebaik mungkin untuk mengangkat kembali bola sepak negara.
Bukan mudah untuk mengubah mentaliti masyarakat kita yang memang terkenal dari dulu hingga kini dengan sikap inginkan kejayaan yang cepat dan tidak suka akan kesukaran.
Namun, mereka yang benar-benar memahami serta bersemangat tinggi untuk mengubah landskap bola sepak negara, akan sabar mengikut acuan dan perancangan yang diatur mengikut langkah-langkahnya supaya landasan itu tidak tergelincir.
Jadi, apa yang dilakukan pengurusan sekuad kebangsaan itu menentang dua pasukan ranking yang lebih rendah daripada Harimau Malaya ketika ini amat tepat sekali kerana ia bertujuan untuk meningkatkan kembali keyakinan pemain-pemain dan jurulatih, terutama dalam mengejar impian semua, iaitu ingin mengecilkan angka ranking itu.
Sokongan daripada semua ahli-ahli gabungan ketika ini amat penting, termasuk juga mereka yang terlibat dalam industri bola sepak ini, tidak kira mereka di media cetak atau elektronik supaya semangat Harimau Malaya kembali garang dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.
Penulis yakin dengan jagaan dan belaian yang betul itu pasti akan membuat Harimau Malaya kembali garang.