Pengendali kebangsaan Tan Cheng Hoe jelas menyedari, dia akan menerima kritikan segelintir pemerhati dan pengamal media apabila menyenaraikan dua penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri dan Syafiq Ahmad dalam senarai 27 pemain yang dipanggil bagi aksi persahabatan dengan Jordan pada 30 Ogos serta aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Indonesia (5 Sepetember) dan Emiriah Arab Bersatu (10 September).
Ia gara-gara Hazwan tidak dapat minit perlawanan mencukupi di JDT manakala Syafiq pula baru beransur pulih daripada kecederaan lutut yang dialaminya sebelum ini.
Bagi penulis, sebenarnya Cheng Hoe tidak mempunyai pilihan di kalangan pemain sedia ada untuk mengisi tugas selaku penggempur utama skuad negara di pentas antarabangsa.
Jika dilihat kepada senarai pemain lain yang dipanggil untuk mengisi posisi penyerang- Jafri Firdaus Chew (PKNS), Norsharul Idlan Talaha (Pahang) dan Sharel Fikri Md Fauzi (Perak) mereka mungkin penyerang tempatan terbaik yang ada ketika ini.
Kesemua nama pemain yang penulis sebut juga sebenarnya lebih kerap mengisi posisi selaku pemain sayap atau tengah menyerang bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia kini.
Secara peribadi, penulis mahu juga melihat Cheng Hoe kembali memberi peluang kembali buat penyerang veteran, Safee Sali serta Indra Putra Mahayuddin.
Namun, selaku pengendali pasukan negara sudah pasti Cheng Hoe lebih arif menilai sama ada kedua-dua pemain veteran itu masih relevan atau sudah melepasi tahap terbaik mereka untuk barisan negara di pentas antarabangsa.
Apa pun, bola sepak moden kini tidak hanya menyandar harapan meraih gol menerusi pemain penyerang kerana tugas meledak jaringan hari ini tampak mampu dipikul pemain tengah serta sayap.
Sudah pasti, Cheng Hoe akan mencanang pendekatan taktikal terbaik dengan formasi 4-3-3 yang sering digunakannya untuk memastikan jaringan akan berjaya diraih sama ada menerusi penyerang atau pemain di posisi lain.
Dalam barisan sedia ada kali ini, pemain sayap seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Hadin Azman, Mohamadou Sumareh serta muka baru, J Partiban mampu melakukan tugas selaku penjaring utama pasukan.
Penulis berasa selain Hazwan dan Syafiq yang dipanggil kerana kekurangan penyerang tulen, pemain-pemain lain yang dipanggil adalah secara merit berlandaskan prestasi mereka dalam saingan Liga M musim ini.
Penulis turut memuji tindakan Cheng Hoe memanggil semula tonggak tengah Perak, Brendan Gan dalam skuad kebangsaan selepas hampir tiga tahun pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu tersisih.
Brendan tampak berada di prestasi terbaiknya dalam dua musim ini dengan Bos Gaurus dan kehadirannya pasti menambah keampuhan bahagian tengah serta menambah ramuan buat Cheng Hoe.
Penulis berharap barisan negara kali ini berupaya meraih keputusan positif dalam tiga aksi antarabangsa yang bakal mereka hadapi dan meneruskan peningkatan ranking dunia FIFA Malaysia di pentas antarabangsa.