Skip to main content

Rencana

Hai, Larkin!

120216stadiumlarkin-jpg.jpg
Musim lepas tiada kesempatan langsung menjenguk Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos.

Rasanya tidak sabar untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke stadium bagi menyaksikan perlawanan JDT menentang Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih Sabtu ini.

“Eh, Dayang bukan penyokong Sarawak ke? Kenapa tiba-tiba nak pergi Larkin pula?”

Mungkin itu menjadi tandatanya sesetengah daripada anda… Tapi jawapannya mudah sahaja.
Kenapa tidak?

Lima sebab Piala Sumbangsih kali ini lebih “lazat” dinikmati di stadium berbanding di hadapan kaca televisyen mahupun siaran radio:

1. Clash of the Titans
JDT dan Selangor adalah dua pasukan yang mempunyai reputasi dan prestasi memberangsangkan. Juara Liga Super dan Piala AFC 2015 berhadapan dengan Juara Piala Malaysia 2015! Ramalan untuk pertemuan epik ini? Sungguh sukar! Jadi lebih seronok jika ambil pendekatan tunggu dan lihat – nikmati sahaja apa yang bakal berlangsung.

2. Barisan pemain JDT
Tidak kiralah siapa yang akan membarisi kesebelasan utama nanti, JDT sememangnya mempunyai barisan pemain tempatan dan import yang begitu prolifik. Dengan adanya nama-nama besar sebegini,hingga pemain simpanan pun bakal mencuri tumpuan seandainya diturunkan nanti.

3. Apa perancangan Selangor?
Di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan dan dengan beberapa wajah baru, adakah Selangor sekadar pasukan Pahang 2014/2015 bersarungkan jersi Merah Kuning, ataupun adakah Zainal mempunyai resepi di luar jangkaan peminat?

4. Jersi baharu bagaimana?
JDT dan Selangor antara pasukan yang kerapkali mendapat perhatian peminat apabila melancarkan jersi. Sudah pasti ramai penyokong dua pasukan ini tidak sabar melihat pemain kesayangan mereka menyarungkan jersi baru musim ini.

5. BOS lwn UltraSel
Nama Boys of Straits dan UltraSel tidak lagi asing dalam dunia penyokong bola sepak tempatan. Bukan setakat pasukan JDT dan Selangor sahaja yang hebat di padang, penyokong mereka juga antara yang paling “gempak” di seluruh negara. Kehadiran mereka sememangnya antara yang akan terus menjadi penantian peminat di Larkin nanti!

Advertisement

Must Watch Video