Skip to main content

Rencana

Hadiah Hari Jadi The Fighters

280915shukoradan-jpg.jpg
Felda United FC membuka tirai Liga Super Malaysia dengan langkah kanan apabila menundukkan naib juara Piala Malaysia musim lalu yang juga menewaskan mereka di peringkat separuh akhir.

Kemenangan ke atas Kedah 2-0 merupakan hadiah awal harijadi ke 9 Felda United FC yang dilahirkan pada 19 Januari 2007.

Sembilan tahun yang penuh dengan cerita suka dan duka buat bola sepak Felda yang dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Felda Malaysia (PBFM).

Selain tumpuan utama kepada pasukan utama di Liga Malaysia, objektif persatuan adalah juga melahirkan pemain berkualiti di kalangan warga Felda, menaik taraf infrastruktur bola sepak dan merapatkan perhubungan warga Felda melalui bola sepak. 

Keghairahan warga Felda menunggu ketibaan musim baru Liga Malaysia ternyata, apabila menganjurkan beberapa aktiviti penting antaranya Liga F iaitu Pertandingan Bola Sepak Felda.

Liga F mengandungi Piala Komuniti, Piala Pegarah Besar Felda dan Piala Pengerusi Felda.

PBFW Jengka menjuarai Piala Pengerusi Felda setelah mengalahkan PBFW Gua Musang 3-1 pada 4 Februari lalu.

Menurut Irfan Bakti, jurulatih pasukan utama Felda, Felda United, aktiviti utama seperti Liga F, pengenalan pemain dan pelancaran jersi pasukan sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran warga Felda kepada inisiatif Felda dan ia juga merapatkan para penyokong.

Pada musim ini, Felda turut diperkuatkan dua lagi import terbaharu, Gilberto Alemao dan Lutfulla Turaev.

Pernah merasai kejuaraan Liga Perdana 2010, dan kedudukan ke 5 Liga Super musim lalu, warga Felda semakin hampir melihat pasukan kesayangan mereka menjuarai Liga Super pula.

Advertisement

Must Watch Video