Berakhirnya cabaran Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini menyaksikan pelaburan mereka seperti satu usaha yang menuju pembaziran.
Duit-duit, di mana kau duit?
Dalam dua musim berturut-turut, PSG tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) dalam pusingan 16 -- pada 2016-17, Barcelona telah melakar kemenangan dramatik manakala pada 2017-18, Real Madrid menjadi penghalang mereka untuk menempah slot suku akhir dan kedua-dua pertemuan ini berakhir di Parc des Princes.
PSG telah membawa masuk bintang seperti Edinson Cavani, Zlatan Ibrahimovic, Angel di Maria dan Neymar, satu pelaburan yang sangat besar untuk menjadi salah sebuah pasukan elit di Eropah -- belum termasuk pembelian Kylian Mbappe yang bakal dimeterai pada penghujung musim ini.
Sejak Qatar Investment Authority mula membiayai PSG, mereka telah meningkat daripada kelab kelas pertengahan kepada pendominasi takhta Ligue 1 hingga menjadi salah sebuah pasukan yang cuba berdaya saing dalam saingan tertinggi di Eropah.
Bagaimanapun, transformasi itu bukan satu perbelanjaan yang kecil, jutaan euro telah dilaburkan konsortium yang diketuai oleh Nasser Al Khelaifi itu.
Hadiah utama, trofi UCL yang membuktikan status sesebuah kelab terbaik di Eropah, masih lagi jauh daripada dakapan mereka. Yang terbaru, PSG telah disingkirkan oleh Real yang mempamerkan persembahan cemerlang dalam kedua-dua aksi untuk meraih kemenangan 5-2 secara agregat.
Masa depan pengendali pasukan, Unai Emery, mungkin kini dalam pertimbangan kelab manakala setibanya musim panas nanti, mereka akan kembali "membeli-belah" pemain.
2011-12: EURO95.8 juta (RM464 juta)
Pada Jun 2011, QIA telah mengambil alih kelab dengan membawa masuk pemain-pemain seperti Javier Pastore, Blaise Matuidi dan Kevin Gameiro manakala Thiago Motta pula tiba dari Inter pada Januari.
2012-13: EURO110.8 juta (RM536 juta)
Selepas mengakhiri saingan di tempat kedua Ligue 1 pada musim pertama Al-Khelaifi selaku pengerusi kelab, beliau meningkatkan perbelanjaan kelab ini dan melepasi EURO100 juta (RM484 juta).
Membawa masuk Ibrahimovic selaku penyerang utama ternyata memberikan impak yang besar kepada kelab di samping mengambil khidmat bintang daripada Serie A, Ezequiel Lavezzi dan Marco Verratti.
Pelaburan itu berhasil apabila mereka muncul juara Ligue 1 – namun skuad kendalian Carlo Ancelotti itu tersingkir dalam pusingan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Barcelona.
2013-14: EURO109.4 juta (RM530 juta)
Selepas muncul juara dalam saingan domestik, PSG meneruskan tradisi mereka dengan melakukan pelaburan yang melepasi EURO100 juta sekali lagi. Membawa masuk bintang Napoli, Edinson Cavani, yang kini merupakan penjaring terbanyak kelab manakala mempertingkatkan mutu pertahanan dengan mengambil khidmat Roma dan Lucas Digne dari Lille.
2014-15: EURO49.5 juta (RM239 juta)
Tahun perbelanjaan kelab yang paling rendah -- pengendali pasukan, Laurent Blanc, membawa masuk David Luiz dari Chelsea tetapi pertahanan itu gagal mempamerkan persembahan cemerlang di Parc des Princes. Sekali lagi tersingkir dalam pusingan suku akhir kepada bekas kelab Luiz itu.
2015-16: EURO114 juta (RM552 juta)
Angel di Maria dilihat sebagai pembelian tumpuan bagi musim ini selepas gagal memberikan impak selepas berhijrah ke England bersama Manchester United dari Sepanyol. Layvin Kurazawa dan Serge Aurier dibawa masuk untuk memperkukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan. PSG cemerlang menjuarai takhta Ligue 1 dengan kelebihan 31 mata tetapi UCL tetap menjauhkan diri daripada mereka.
2016-17: EURO136 juta (RM658 juta)
Dianggap sebagai musim transformasi buat PSG. Ibrahimovic mengambil keputusan untuk menyertai Man United manakala bekas pengendali Sevilla, Unai Emery, dibawa masuk menggantikan Blanc.
Menandatangani pemain seperti Julian Draxler, Giovani Lo Celso, Jese dan Grzegorz Krychowiak, PSG gagal mempamer aksi yang diinginkan, terlepas takhta Ligue 1 kepada Monaco sementara mengalami kekalahan 6-1 kepada Barcelona.
2017-18: EURO238 juta (RM1.1 bilion)
Mengambil pengajaran daripada kegagalan musim lalu, Al-Khelaifi terus melabur dan memecahkan rekod perpindahan pemain pada musim panas lalu. Bintang Brazil, Neymar, menjadi pemain termahal dunia selepas kelab menebus klausa perpindahan bagi memastikan pemain itu meninggalkan Barcelona manakala menjadikan Mbappe pemain muda termahal dunia apabila mereka melengkapkan perpindahan sebanyak EURO180 juta (RM872 juta) pada penghujung musim. Mereka kembali ke persada liga, bagaimanapun tersingkir lagi dalam saingan UCL.