RENCANA
Gandingan Kane-Son buat Spurs bermimpi besar
Adakah kisah ‘cinta atas padang’ di antara Harry Kane dan Son Heung-Min bakal berakhir dengan sempurna musim ini?
Bukan mudah untuk menemui pasangan yang begitu asyik menikmati hubungan yang dibina -- Kane dan Son telah menjadikan Tottenhan calon juara untuk musim ini.
Tottenham baru sahaja menumpaskan seteru ketat, Arsenal, 2-0, satu kemenangan yang menimbulkan spekulasi bahawa Spurs adalah salah satu pasukan yang berpeluang untuk meraih gelaran juara.
Iklan
Biarpun perjalanan Tottenham masih panjang, pasukan kendalian Jose Mourinho ini ternyata tahu apa yang perlu dihasilkan bagai mencapai kemenangan. Lihat sahajalah betapa ketatnya pertahanan mereka dan betapa jitunya serangan mereka pula.
Corak pertahanan Spurs sendiri merupakan satu senjata unik kerana ia adalah corak yang membolehkan serangan balas dilancarkan sepantas mungkin bagi Kane dan Son.
Sewaktu menentang Arsenal, kedua-dua pemain ini saling membantu untuk meledakkan jaringan dalam separuh masa pertama, menjadikan jumlah jaringan hasil gandingan mereka sebanyak 11 gol setakat ini.
Son dibeli dengan harga £22 juta (RM108 juta) manakala bakat Kane digilap daripada pasukan remaja Tottenham. Persembahan mereka ketika ini ternyata adalah hasil pulangan teramat tinggi daripada pelaburan yang dimulakan lima tahun lalu.
Tidak sukar untuk difahami mengapa pasangan Kane- Son ini begitu berjaya sekali; mereka sama-sama bertubuh sasa dan mempunyai fizikal mantap, mereka berdua juga teramat bijak dan mampu menghasilkan serangan balas dengan kadar yang begitu pantas.

Lihat sahaja gol kedua Tottenham dalam perlawanan tersebut, betapa pantasnya serangan balas mereka dibentuk.
Daripada sepakan sudut Arsenal, Serge Aurier memintas bola lalu dengan cepat melorongkannya kepada Giovani Lo Celso.
Lo Celso menggelecek jauh sehingga hampir masuk ke kotak penalti lawan sebelum menghantar kepada Son.
Son mengumpan pemain pertahanan Arsenal ke arah dirinya sebelum melakukan lorongan ke arah Kane yang tidak dikawal. Rembatan deras Kane menyudahkan serangan balas yang begitu cantik sekali.

Buat waktu ini, 11 gol yang dijaringkan oleh Kane dan Son memegang rekod tempat ketiga dalam kategori gol pasangan tertinggi, manakala rekod tempat pertama dipegang oleh pasangan Chris Sutton dan Alan Shearer di kelab Blackburn pada musim 1994-95.
Menurut artikel dalam akhbar Daily Mail, Sutton dipetik sebagai berkata: “Saya tidak kisah jika hilang rekod tersebut kepada satu pasangan yang begitu istimewa sekali. Saya tahu rekod saya dan Shearer akan dipecahkan, dan ia mungkin akan dipecahkan dengan jarak yang begitu jauh sekali tetapi saya tidak kisah, sedikit pun tidak kisah.”
Kredit grafik: sky sports
Must-Watch Video