Skip to main content

Rencana

Fokus UCL pulak

liv.jpg
Liverpool sudah mengesahkan kejuaraan liga musim 2019/2020 selepas pasukan di tangga kedua, Manchester City tumbang kepada Chelsea di Stamford Bridge. Penulis percaya penangguhan liga kerana covid -19 adalah satu tempoh masa singkat andai dibandingkan dengan 30 tahun kemarau kejuaraan liga.

Jadi Liverpool dah pun menamatkan penantian 30 tahun. Penantian satu penyeksaan akhirnya berbaloi biarpun The Reds masih tidak dibenarkan meraikan kejayaan mereka dihadapan peminat secara langsung kerana penularan wabak covid-19.

Ok cukup dah dengan Liverpool.

Kini tumpuan pasti terarah kepada perebutan slot ke Liga Juara Juara Eropah. Manchester City, Leicester City, Chelsea, Manchester United,Wolverhampton dan Tottenham Hotspur masing-masing masih berpeluang merebut empat tempat teratas andai mampu mempamerkan prestasi cemerlang dalam baki perlawanan liga.

Bahkan, pasukan yang mengakhiri liga di tangga kelima juga mungkin berpeluang layak ke Liga Juara Juara Eropah secara automatik andai Manchester City, didapati bersalah dalam urusan kewangan syarikat. Sekarang kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah tanpa sebarang keputusan rasmi.

Bagi Manchester City, jika kes mahkamah mereka ditolak tepi, slot buat mereka sebenarnya sudah hampir pasti berdasarkan perbezaan jurang mata yang agak jauh. Namun berlainan pula ceritanya buat pasukan lima lagi pasukan di tangga ke tiga hingga tujuh. Lima pasukan ini sedang melalui saingan yang sangat kompetitif dengan perbezaan mata yang sedikit. 

Dan apa yang lebih menarik, tiada pasukan yang benar-benar konsisten seperti Liverpool musim ini. Leicester City, Chelsea, United mahupun Tottenham  masing-masing "sekejap menang, sekejap seri, sekejap kalah". Jadi sukar sebenarnya untuk meneka kedudukan mereka apabila liga berakhir nanti.

Tidak keterlaluan andai penulis katakan, Sheffield United dan Arsenal juga masih mempunyai peluang merebut kedudukan slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah biarpun sukar berdasarkan jurang mata yang sedikit jauh.

Advertisement

Must Watch Video