"First time saya kalahkan dia coach. First time", kata Iskandar Zulkarnain Zainuddin selepas memeluk jurulatihnya Datuk Misbun Sidek setelah menumpaskan Nguyen Tien Minh selepas 4 pertemuan.
Ungkapan itu dapat didengari secara langsung di Astro Arena 802HD/801 dan AstroGo Sabtu lalu.
Pemain nombor 73 dunia Iskandar menewaskan pemain 34 tahun dari Vietnam itu di separuh akhir perseorangan lelaki di Kejohanan Malaysia International Challenge 2017 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Iskandar meneruskan prestasi cemerlang di final untuk merangkul kejuaraan pertama tahun ini selepas menundukkan rakan senegara juga juara remaja Asia Leong Jun Hao.
Kemenangan pertama ke atas bekas pemain nombor 5 dunia Nguyen pasti memberi kemenangan psikologi kepada Iskandar yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan sejak kebelakangan ini kerana kecederaan belakang.
Iskandar satu-satunya harapan peminat negara dalam perseorangan lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur tewas dalam masa 72 minit 21-16, 19-21, 16-21
di suku akhir kepada Nguyen di hadapan peminat tempatan yang memenuhi Arena Axiata.
Pemain 26 tahun kelahiran Kuala Lumpur yang mengaku tidak tahu di mana hala tujunya dalam sukan badminton selepas kekecewaaan itu sudah pasti diselamatkan oleh hero sukan badminton negara Datuk Misbun Sidek yang dibawa masuk oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menghidupkan kembali kegemilangan pemain perseorangan lelaki juga untuk mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei.
Tampak kepenatan berdepan Nguyen yang mempunyai senjata bermain rali panjang dan tahap fizikal yang menakjubkan, Iskandar berjaya bangkit setiap kali selepas menerima nasihat daripada Datuk Misbun.
Pelukan terima kasih kepada jurulatih yang tegas namun dihormati semua menunjukkan betapa bangganya Iskandar dengan kejayaan pertama menewaskan Nguyen.
Walaupun kini dibelakang Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia di ranking skuad kebangsaan, Iskandar bertekad menaikkan rankingnya dan berterima kasih dengan keyakinan yang diperoleh daripada kemenangan kali pertama ke atas Nguyen Tien Minh.