Selepas empat bulan Perjanjian Persefahaman (MOU) dicapai di antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) di Pejabat Perdana Menteri Malaysia yang disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta Presiden FIFA, Gianni Infantino, kini ia sudah menampakkan hubungan dua hala semakin baik dan gerak kerja mula difikirkan serta dirancang.
Dengan jemputan dan penghormatan yang diberikan oleh Presiden JFA, Kohzo Tashima, kepada Presiden FAM, Dato Hamidin Mohd Amin, dan delegasi FAM, ia sudah menggambarkan bahawa JFA benar-benar ingin membantu FAM dalam merealisasikan peta hala tuju bolasepak Malaysia, F:30. Ini satu inisiatif yang baik dilakukan oleh FAM melalui bantuan kerajaan Malaysia dan Jepun.
Kerjasama ini sudah pasti akan menyediakan jambatan untuk pembangunan jurulatih dan pemain di masa hadapan. Yang lebih penting dengan kerjasama ini, FAM dapat melihat sendiri bagaimana budaya kerja dan pemikiran warga JFA dalam membimbing dan membantu ahli gabungan berfikir dan bekerja demi industri bola sepak Jepun supaya konsisten.
Inilah cabaran kepada Hamidin dan delegasinya untuk membawa pulang budaya itu ke Malaysia sebagaimana yang kita ketahui budaya berfikir dan bekerja dalam kalangan ahli-ahli gabungan dan kelab-kelab di Malaysia ini masih jauh ketinggalan. Lihat sahaja apa yang terjadi dalam Liga Malaysia ketika ini, masih ada lagi persatuan atau kelab yang bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier yang tidak dapat membayar gaji pemain-pemain berbulan-bulan walaupun ada dikalangan pengurusan-pengurusan kelab itu merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM (exco).
Bagi penulis sebagai bekas pemain ini, satu langkah permulaan yang baik dibawa oleh Hamidin untuk menyemai kesedaran dan cara berfikir dalam melaksanakan gerak kerja yang dirancang supaya ia dapat disalurkan sebaik mungkin kepada ahli-ahli gabungan FAM sendiri kerana masa inilah yang sesuai untuk Presiden FAM terus bekerja untuk menaikan kembali reputasi dan industri bola sepak Malaysia yang sedikit tercalar ketika ini.