Enam kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali dikuasai enam pasukan gergasi masa kini selepas Burnley ditolak ke tangga ketujuh.
Selepas 19 perlawanan, kedudukan itu ibarat bayangan penamat musim ini selepas separuh perjalanan musim ini.
Perlawanan perayaan Krismas ini yang digelar 'boxing day' sentiasa menjadi rujukan faktor untuk kelab mengatasi kelemahan awal bulan ini serta menentukan hala tuju mereka dalam baki saingan.
Berikutan kejayaan berada dalam kedudukan empat pasukan terbaik minggu lalu, keputusan dibedal tiga jaringan tanpa balas oleh Tottenham Hotspur di Turf Moor, awal pagi tadi, menyaksikan kedudukan Burnley dalam liga semakin tergelincir.
Ketiadaan James Tarkowski di bahagian pertahanan akibat penggantungan, mungkin menjejaskan kempen mereka sepanjang 'boxing day'.
Sepanjang 10 hari itu, setiap pasukan BPL akan mengharungi empat perlawanan untuk menghiburkan penyokong.
Manchester City, Manchester United, Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Arsenal menghuni kelompok enam terbaik, menepati reputasi mereka sebagai pasukan yang bercita-cita tinggi dalam pemburuan trofi.
The Citizens muncul pasukan paling selesa di tangga teratas hasil 17 kemenangan berturut-turut untuk berkelebihan 13 mata. Namun, mereka mempunyai aspirasi sendiri yang dicanang Pep Guardiola untuk mengekalkan penguasaan mereka.
Justeru, Spurs mempunyai sebab untuk meraikan perayaan Krismas dengan hati tenang dengan kedudukan keenam susulan kempen mengecewakan bulan lalu, apatah lagi diperbudakkan oleh anak buah Guardiola, 4-1, minggu lalu.
Perubahan tampuk kejurulatihan beberapa kelab seperti West Ham, Everton, Crystal Palace mahupun Leicester City menampakkan perubahan positif terhadap prestasi pasukan.
Dengan pendekatan berbeza, tempo permainan mereka lebih sukar dibaca dan secara tidak langsung, sukar meramalkan keputusan perlawanan dalam tempoh yang menggila hujung tahun ini nanti.