Kejayaan Selangor FC mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan Shahrel Fikri Md Fauzi untuk saingan Liga M 2021, jelas satu belian penting dalam usaha memastikan skuad Red Giants memberi cabaran yang lebih kuat musim depan.
Bagi penulis, penghijrahan Shahrel mirip ketika Selangor mendapatkan khidmat Safee Sali pada 2007 dan juga penyerang legenda negara, Azman Adnan pada tahun 1993.
Namun bagi penulis, Shahrel adalah jenis penyerang berbeza berbanding Safee dan Azman kerana dia tampak lebih 'versatile' dan mampu beraksi di bahagian sayap, tengah menyerang serta 'second striker'.
Sebelum ini, bekas jurulatih Selangor B. Satiananthan juga kerap memuji pemain yang berasal dari Setiawan itu, begitu juga Pengarah Teknikal FAS, Micheal Feichtenbeiner yang kemudianya memangku tugas pengendali Red Giants.
Dengan Selangor bakal menerapkan DNA bola sepak Jerman yang menekankan 'Transition Football' di bawah kendalian ketua jurulatih baru Karsten Neitzel, sudah pasti pemain serba boleh seperti Shahrel mampu memainkan peranan yang besar buat pasukan.
Jika formasi 4-3-3 menjadi pilihan Neitzel, Shahrel berupaya beraksi di sayap kanan atau kiri dan jika formasi 4-2-3-1, dia mampu memainkan peranan sebagai No:10 atau 'Second Striker' buat pasukan.
Di atas kertas, sememangnya Selangor tampak ampuh menjelang musim 2021 dan apa yang penting kini adalah buat pengurusan pasukan bersama Neitzel mendapatkan khidmat import berkualiti.
Hanya pemain serba boleh Singapura, Safuwan Baharuddin dan penyerang Nigeria, Ifedayo Olesegun awang import yang dikekalkan untuk menghadapi saingan musim depan.
Selangor juga masih mengekalkan khidmat pemain tengah kebangsaan kelahiran Australia, Brendan Gan bersama beberapa lagi pemain kebangsaan lain seperti penjaga gol, Khairul Azhan Khalid dan bek kanan, Syahmi Safari dalam barisan mereka musim depan.
Walaupun secara peribadi, penulis lebih gemar jika Shahrel atau lebih sinonim dengan gelaran 'Eky' kembali beraksi sebagai awang import di Liga Satu Thailand, apa yang penting adalah buat pemain itu sendiri memilih pasukan yang dirasakan sesuai buat dirinya.
Dan ternyata, Selangor menjadi pilihan bekas pemain PKNP FC itu dalam usaha membawa permainannya ke aras lebih tinggi musim depan selepas muncul penjaring tempatan terbanyak Liga Super musim ini dengan 10 gol.
Selamat maju jaya buat Eky dan semoga penghijrahan ke Selangor akan turut membantunya tampil lebih ampuh bersama skuad kebangsaan apabila Harimau Malaya kembali memulakan saingan di Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada tahun depan.

Shahrel Fikri berat hati tinggalkan Perak, ada sebab pilih Selangor
Posted by Astro Arena on Tuesday, December 8, 2020

Selamat Maju Jaya buat @shahrelfikri10 yang akan berkhidmat dengan pasukan Selangor FC