Keyakinan yang ditunjukkan oleh peminat, mahupun mereka di kelab sendiri berpunca dari pelbagai perkara, namun salah satu sebab utama mereka ialah dengan adanya salah seorang pemain bola sepak terbaik dalam sejarah bola sepak dunia, Lionel Messi.
Jadi, apabila Messi dijatuhkan pada perlawanan menentang Las Palmas tempoh hari, peminat Barcelona di seluruh dunia mulai risau, apakah yang akan terjadi jika Barcelona tanpa Messi?
Ramai yang menjangkakan bahawa juara bertahan La Liga ini akan menghadapi masalah apabila ketiadaan ayam tambatan mereka yang satu ini namun statistik menunjukkan, mereka lebih banyak mencatat kemenangan apabila Messi tidak bermain bersama pasukan. Mereka juga menjaringkan lebih banyak gol dan bolos lebih sedikit apabila Messi tidak diturunkan.
Peluang ini juga boleh digunakan untuk Barcelona bersedia apabila Messi, kini berumur 28 tahun, bersara atau tidak lagi berada tahap di mana dia berada sekarang. Ia juga peluang untuk pemain lain seperti Neymar Jr. atau Luis Suarez untuk menjadi penyerang utama pasukan. Sebagai contoh, Neymar boleh menggunakan peluang ini untuk bermain sebagai No. 10 di Barcelona, selepas menunjukkan aksi cemerlang di posisi itu bersama Brazil dan Santos.
Walaubagaimanapun, untuk tempoh masa dua bulan ini, Barcelona mungkin menghadapi masalah kecederaan. Pemain baru, Arda Turan dan Alexi Vidal tidak dibenarkan mendaftar dan bermain sehingga Januari, sementara pemain serba boleh, Pedro telah dijual ke Chelsea sewaktu musim perpindahan baru baru ini.
Lionel Messi juga masih meragui jika beliau sempat pulih sepenuhnya sebelum pertemuan ‘El Clasico’, menentang Real Madrid, pertemuan yang dinantikan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.
Jadi, adakah kecederaan Messi satu malapetaka untuk Barcelona, atau ia akan membuka ruang untuk kelab Sepanyol ini mencuba sesuatu yang baru, setelah bergantung pada kapten pasukan Argentina ini semenjak beberapa tahun yang lalu?