Dua gergasi bola sepak Eropah, Juventus dan Barcelona, dilihat sudah mula mempersiapkan pasukan untuk saingan musim hadapan biarpun saingan musim ini masih berbaki beberapa perlawanan.
Media sukan antarabangsa melaporkan, kedua-dua kelab hebat itu sudah bersetuju untuk melakukan pertukaran pemain di mana pemain Juventus, Miralem Pjanic, bakal menyertai The Catalan selepas tamat musim ini dan sebagai pertukaran, pemain dari Brazil, Arthur Melo, akan ke Itali untuk musim hadapan.
Miralem Pjanic menyertai Juventus sejak 2016 dan prestasi cemerlang pemain Bosnia itu menyaksikan kelibat beliau seringkali membarisi kesebelasan utama biarpun beberapa kali Juventus menukar jurulatih mereka. Sejak beberapa musim lalu, Pjanic sebenarnya telah dikaitkan dengan Barcelona, namun baru kali ini ia benar-benar menjadi kenyataan.
Bagi pemain muda, Arthur Melo, yang menyertai Barcelona dari Gremio, beliau telah membuat 48 penampilan bersama The Catalan sejak 2018, namun mungkin percaturan taktikal di antara jurulatih kedua-dua pasukan yang menyaksikan pemain berusia 23 tahun ini akan berhijrah ke Turin.
Barcelona akan membayar 60 juta Euro dan tambahan lima juta sebagai bonus, manakala Juventus pula mengeluarkan 72 juta sebagai bayaran mendapatkan Arthur Melo dengan kedua-dua pemain mengikat kontrak sehingga 2025. Perjanjian jual beli kedua-dua pemain akan dilakukan secara berasingan.
Terdahulu, Barcelona dilaporkan masih mencuba mahu mendapatkan penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez, sebagai penyerang utama mereka, dan andai gagal mendapatkan Martinez, Parick Aubameyang turut berada dalam radar mereka bagi mendapatkan nafas baru dalam jentera serangan memandangkan Lionel Messi dan Luis Suarez dilihat semakin dimamah usia.