Skip to main content

Rencana

Dr. Nicol David

dr-nicol-photo.jpg
Datuk Dr. Nicol David merupakan gelaran baru juara dunia skuasy lapan kali itu. 

Sumbangan Nicol kepada sukan skuasy negara dan secara amnya buat seluruh sukan negara selain menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia dan seluruh dunia, dihargai dengan anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Sains Sukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) ketika Upacara Konvokesyen ke-57 USM kelmarin. 

Anak Pulau Pinang yang baru bersara pada Jun lalu terharu dengan pengiktirafan itu lebih-lebih lagi apabila menerima anugerah daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, selaku canselor USM di hadapan ibu bapanya, Desmond David dan Ann Marie David. 

"Bukan calang-calang individu untuk terima anugerah doktorat ini. Ia merupakan antara saat paling istimewa dalam hidup saya," ujar Nicol dengan perasaan bersyukur. 

Selain Nicol, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, juga menerima Anugerah Khas Kelestarian Canselor USM dalam Upacara Konvokesyen Komemoratif sempena sambutan ulang tahun ke-50 universiti itu. 

Ketika berinteraksi bersama Nicol untuk memberi ucapan tahniah, saya dalam nada berjenaka berkata, "Wah dah jadi doktor!!"

Datuk atau Doktor, Nicol masih seorang individu yang paling "sempoi" dan rendah diri, seperti yang saya kenali semasa dia berusia tujuh tahun. 

Tahniah Datuk Dr. Nicol David, dan teruslah memberikan inspirasi kepada Malaysia dan dunia.

Advertisement

Must Watch Video