Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City, diakui memiliki kesempurnaan skuad di segenap posisi termasuk penjaga gol.
Jika barisan tengah diperkuatkan oleh Kevin De Bruyne, Rodri, David Silva, Bernardo Silva, Phil Foden, Riyad Mahrez dan Fernandinho, jentera serangannya juga dipenuhi dengan barisan bintang seperti Sergio Aguero, Raheem Sterling, Gabriel Jesus dan Leroy Sane.
Namun, di sebalik kebanjiran nama besar dalam skuad kendalian Pep Guardiola itu, satu pendedahan yang telah dilakukan hampir membuatkan senarai itu meraih satu lagi penambahan ketika musim panas lalu.
Bintang baru Barcelona, Frenkie De Jong, menerusi laporan media Sepanyol mendedahkan bahawa dia hampir berhijrah ke Etihad atau mungkin ke Paris Saint-Germain (PSG) sebelum akhirnya memilih untuk berpindah ke Camp Nou daripada Ajax Amsterdam.
"Jika saya tidak berada di Barcelona, sukar untuk saya katakan sekarang tetapi mungkin ketika ini saya bersama PSG atau Manchester City," jelas De Jong kepada El Periodico.
Tatkala De Jong kian mengukuhkan tempat dalam kesebelasan utama Barca, dia mungkin banyak memanaskan bangku simpanan atau terpaksa melalui sistem penggiliran sekiranya memilih untuk menerima sentuhan Guardiola di England akibat persaingan yang terlalu getir dalam skuad The Citizens.
Keputusan De Jong untuk ke Sepanyol juga dilihat menjadi salah satu faktor City mendapatkan khidmat Rodri daripada Atletico Madrid sehingga sanggup mencipta rekod perpindahan kelab bernilai 63 juta Pound.
Apa yang pasti, kebijaksanaan Guardiola mencipta sebuah skuad yang kukuh dan tahu cara untuk menggilirkan pemain seharusnya dipuji, malah peminat City patut berbangga dengan pencapaian pengendali dari Sepanyol itu.