Skip to main content

Rencana

The City Boys Bermula Garang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

190216kualalumpur-jpg.jpg
Pasukan yang boleh dianggap sudah lama tidur ini dilihat mahu mengembalikan kegemilangan The City Boys yang pernah menjadi salah satu kuasa besar dalam bola sepak tanah air.

Dibawah bimbingan bekas jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria dan dibantu Rusdi Suparman selaku penolong jurulatih, Kuala Lumpur dilihat mampu menjadi salah satu pencabar utama dan bukan pasukan yang wujud untuk melengkapkan jadual sahaja.

Kehendak pihak pengurusan yang mahu melihat Kuala Lumpur kembali bangkit juga dibantu dengan keghairahan mereka memancing nama nama besar untuk memperkuatkan pasukan seperti Helmi Remeli, Fahrul Razi, Rashid Aya dan Thamil Arasu. Bekas tonggak import Terengganu, Mario Karlovic turut menyertai skuad bimbingan Ismail Zakaria ini.

" Kita baru melalui 2 perlawanan, jadi banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi dan saya percaya, dengan barisan pemain yang sedia, Kuala Lumpur bakal menjadi pesaing utama di saingan liga" kata pengendali pasukan, Ismail Zakaria.

Bercakap kepada penulis, Ismail Zakaria mempunyai misi peribadi iaitu mahu membawa nama skuad Kuala Lumpur kembali digeruni pasukan lain dan berharap impian untuk dapat direalisasikan nanti.

Advertisement

Must Watch Video